Pada peringkat awal kemunculan Android, mengambil screenshot dari telefon pintar atau tablet bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, kini fungsi tersebut telah diintegrasikan ke dalam sistem operasi peranti-peranti yang hadir ke pasaran hari ini.

Dalam artikel ini, beberapa langkah dan cara mengambil screenshot dari peranti-peranti Android akan diterangkan mengikut jenis-jenis model berdasarkan jenama-jenama pengeluar peranti Android seperti Samsung Galaxy S6, HTC One M9, Sony Xperia Z3+, LG G4, Nexus 6 dan lain-lain. Juga, disertakan bersama cara untuk merekodkan screencast pada peranti Lollipop.

Bagi kebanyakan telefon pintar dan tablet Android, cara mengambil screenshot adalah dengan menekan butang power dan butang volume-down secara serentak (press and hold). Cara ini kadangkala menimbulkan masalah pada sesetengah pengguna Android kerana jika salah satu butang ditekan dengan timing yang salah, memang tak jadilah screenshot itu.

Selepas berjaya menekan butang-butang untuk screenshot tersebut, beberapa saat kemudian skrin akan terpancar dengan menu pilihan untuk memadam, berkongsi atau menyunting imej screenshot berkenaan. Anda boleh juga melihat screenshot yang telah anda ambil di dalam Gallery.

Jika peranti anda mempunyai butang Home fizikal seperti yang terdapat pada Samsung Galaxy S6, cara mengambil screenshot untuk peranti berkenaan adalah berbeza. Pada Samsung Galaxy S6, anda perlu menekan butang power dan Butang home secara serentak (press and hold).

Kadangkala telefon pintar Android dan tablet memiliki lebih dari satu cara untuk mengambil screenshot. Misalnya Samsung Galaxy S6 mempunyai fungsi mengambil screenshot dengan mengibaskan tangan anda (palm swipe). Fungsi ini boleh dihidupkan dengan pergi pada tetapan di Settings, Motion and gestures dan pilih Palm Swipe to capture. Bagaimanapun, rasanya guna butang power-home lagi senang kot kalau nak ambil screenshot.

Lain halnya dengan Sony Xperia Z3+, fungsi screenshot boleh diakses pada menu pilihan dari butang power. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan fungsi merekodkan skrin peranti (screencast).

Fungsi screencast juga boleh digunakan pada peranti-peranti yang menggunakan Android Lollipop. Bagaimanapun, untuk peranti selain dari Sony Xperia Z3+, peranti Android Lollipop dari jenama lain perlu memasang aplikasi screencast seperti Lollipop Screen Recorder. Bagi Android versi sebelumnya, peranti berkenaan perlu di’root’kan terlebih dahulu sebelum memasang aplikasi screencast.

Berikut adalah cara untuk mengambil screenshot bagi peranti-peranti Android mengikut model dan jenama;

Cara mengambil screenshot telefon pintar Samsung Galaxy

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan home secara serentak. Cara lain untuk Samsung Galaxy S6 adalah pergi ke tetapan, Settings> Motions and Gestures> Palm Swipe to Capture.

Cara mengambil screenshot telefon pintar HTC

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan volume-down secara serentak.

Cara mengambil screenshot telefon pintar Sony Xperia

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan volume-down secara serentak. Cara lain untuk Sony Xperia Z3+ adalah dengan menekan butang power dan pilih dari pilihan menu power.

Cara mengambil screenshot telefon pintar LG

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan volume-down secara serentak.

Cara mengambil screenshot telefon pintar Nexus

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan volume-down secara serentak.

Cara mengambil screenshot telefon pintar Motorola

Tekan dan tahan (press and hold) butang power dan volume-down secara serentak.

1 komen

Tinggalkan komentar