Google telah pun menerbitkan hasil carian tahunannya, Year In Search untuk tahun 2017 yang mendedahkan terma carian yang paling sohor kini di internet. Rakyat Malaysia, secara amnya dilihat amat mengambil berat terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M – menjadikan ianya terma carian ini paling popular pada tahun 2017.
Melalui maklumat yang dikongsikan oleh Google ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak info mengenai tabiat rakyat Malaysia sewaktu melayari internet.
Selain dari BR1M, Google Malaysia turut mencatatkan rekod terma carian lain yang juga sohor kini sepanjang tahun 2017. Berikut adalah terma carian yang popular di Malaysia;
[tie_list type=”starlist”]
- BR1M
- Hero Seorang Cinderella
- SEA Games 2017
- Titian Cinta
- SAPS NKRA
- Fast and Furious 8
- Suamiku Paling Sweet
- Despacito
- Bigg Boss Vote
- Myvi 2018[/tie_list]
Individu yang sohor kini dalam carian di Malaysia lebih menjurus kepada selebriti tempatan termasuk seorang pemain bola sepak, Faiz Subri. Kecuali cuma seorang sahaja selebriti luar negara yang tersenarai, Gal Gadot, pelakon watak Wonder Woman kelahiran Israel.
[tie_list type=”starlist”]
- Izara Aishah
- Gal Gadot
- Hannah Delisha
- Afifah Nasir
- Aiman Tino
- Faiz Subri
- Aliff Aziz
- Alicia Amin
- Fathia Latiff
- Mat Over[/tie_list]
Tidak ketinggalan, terma carian bagi kategori peranti paling popular sepanjang 2017 – iPhone 8 Plus menduduki tempat pertama dengan diikuti oleh iPhone X. Manakala pesaing rapat Apple, Samsung pula berada di tangga ke lapan dengan Samsung Galaxy S8. Jenama-jenama pengeluar lain yang tersenarai di dalam 10 carian teratas ini termasuklah Oppo, Huawei dan Vivo.
[tie_list type=”starlist”]
- iPhone 8
- iPhone X
- Oppo F5
- Huawei Nova 2i
- Huawei P10
- Oppo R9s
- Vivo V5
- Samsung Galaxy S8
- Huawei Mate 10
- Huawei P9[/tie_list]
Bagi anda yang ingin menyemak lebih lanjut lagi berkenaan carian-carian popular sepanjang tahun 2017, layari pautan ini dan anda boleh mendapatkan senarai carian popular lain mengikut negara-negara.














LAMA XSINGGAHSINI PAKABAR..