Lebih kurang sebulan selepasnya dilancarkan secara global, Black Shark 4 kini akan memasuki ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi. Jenama telefon khusus permua ini telah mengesahkan kehadirannya akan dimulakan dengan pra-tempahan yang dibuka penghujung bulan ini.
Black Shark 4 akan didatangkan dalam bentuk standard dan Pro. Bagaimanapun, hanya model standard yang berasaskan cipset Snapdragon 870 sahaja yang akan dibuka pra-tempahannya bermula dari 28 April sehingga 4 Mei.
Anda boleh memilih sama ada mendapatkan variasi 8GB/128GB pada harga RM2,299. Atau kapasiti yang lebih besar iaitu RAM 12GB dan storan 256GB pada harga RM2,799.
Kedua-dua pilihan variasi ini menawarkan pemberian set aksesori Black Shark termasuklah bekas penyimpanan, pad tetikus gaming, pelindung skrin kaca bajaan dan pelitup muka khusus untuk pelanggan yang membuat pra-tempahan.
Selain itu, anda juga akan diberikan jaminan perlindungan skrin selama setahun dan sebuah Mobile Legends MPL Ultimate Esports Box yang mengandungi barangan di dalam permainan yang terpilih.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Black Shark 4, kunjungi kedai dalam talian rasmi Black Shark 4 di Shopee.












