Lebih kurang sebulan yang lalu jenama telefon pintar yang mengkhususkan permua, Black Shark telah mengumumkan Black Shark 2 Pro. Sebelum ini, Black Shark 2 telah pun memasuki ke pasaran Malaysia pada bulan April lalu.

Dari segi spesifikasi, Black Shark 2 Pro hadir dengan paparan AMOLED 60Hz 6.39-inci bersama-sama kadar respon sentuhan 240Hz. Menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus, ia didakwa sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan cipset berkenaan. Untuk baterinya, kapasiti yang ditawarkan masih lagi sama dengan Black Shark 2 iaitu 4,000mAh.

Untuk kamera, telefon pintar ini dilengkapkan dengan tetapan dwi kamera, 48MP + 13MP pada bahagian belakangnya. Selain itu rekaan luaran telefon pintar ini juga diperkemaskan lagi dengan memberi keutamaan keselesaan genggaman oleh pengguna sewaktu bermain.

Black Shark 2 Pro didatangkan dengan dua pilihan konfigurasi iaitu RAM 8GB / ROM 128GB pada harga RM2,499. Manakala pilihan RAM 12GB / ROM 256GB, harga yang ditawarkan adalah RM2,999.

Bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan Black Shark 2 Pro, anda boleh melayari laman membeli-belah Shopee untuk tawaran istimewa bersama-sama pembelian.

Tinggalkan komentar