Pengeluar-pengeluar perkakasan komputer kini telah mula menghasilkan papan induk berasaskan cip pemprosesan Generasi Ketujuh Intel, Kaby Lake. Salah satu pengeluar berkenaan adalah Biostar yang akan mengeluarkan dua model papan induk terbaru untuk cip pemprosesan jenis Kaby Lake pada harga bajet, Biostar Racing B250GT5 dan B250GT3.
Papan induk B250GT3, dijual pada harga $79 (lebih kurang RM351). Ia lebih murah berbanding Racing B250GT5 yang dijual pada harga $109 (lebih kurang RM484).
Menurut Biostar, B250GT3 merupakan papan induk mATX yang dilengkapi dengan dua slot PCIe 3.0 x16, satu slot PCIe 3.0 x1, bersama-sama 4 slot memori DDR4 yang menyokong sehingga 64GB RAM (2400MHz). Untuk sambungannya pula, ia menawarkan enam penyambung SATA 6Gbps, satu penyambung M.2 32Gbps yang menyokong Intel Optane Memory. Bersama-sama satu penyambung M.2 yang menyokong SATA 6Gbps dan storan PCIe.
Model papan induk yang lebih mahal dan lebih ‘power’ diantara kedua-duanya, B250GT5 merupakan papan induk ATX dan secara keseluruhannya, memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan B250GT3. Apa yang membezakannya hanyalah pada kelebihan dua slot PCI dan sebuah labuhan USB 3.0 Type-C.
Buat masa ini, Biostar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bila kedua-dua model papan induk ini akan hadir ke pasaran.
Spesifikasi B250GT3
- mATX
- 2 slot PCIe 3.0 x16,
- 1 slot PCIe 3.0 x1,
- 4 slot memori DDR4 yang menyokong sehingga 64GB RAM (2400MHz)
- 6 penyambung SATA 6Gbps
- 1 penyambung M.2 32Gbps (menyokong Intel Optane Memory)
- 1 penyambung M.2 yang menyokong SATA 6Gbps dan storan PCIe.
Spesifikasi B250GT5
- ATX
- 2 slot PCIe 3.0 x16,
- 1 slot PCIe 3.0 x1,
- 4 slot memori DDR4 yang menyokong sehingga 64GB RAM (2400MHz)
- 6 penyambung SATA 6Gbps
- 1 penyambung M.2 32Gbps (menyokong Intel Optane Memory)
- 1 penyambung M.2 yang menyokong SATA 6Gbps dan storan PCIe.
- 2 slot PCI
- 1 USB 3.0 Type-C
Sumber berita diperoleh dari PC Gamer













