Puasa penuh, tapi perut tetap maintain boroi. Aku kerap juga dengar keluhan macam tu dari member-member aku. Tapi aku percaya, member-member aku yang maintain boroi ni kebanyakannya berpuasa penuh. Bukan jenis yang pukul 10 pagi beratur kat drive-thru McDonald’s tapau Chicken McDeluxe.
Pada hemat aku, keboroian perut sesetengah dari kita masih kekal konsisten selepas Ramadhan adalah berkait rapat dengan kadar pengambilan makanan sewaktu kita berbuka puasa. Namun apakan daya, dengan iman senipis kulit bawang ni, adalah sukar bagi kita untuk menahan godaan juadah puasa yang enak seperti murtabak, roti john, kuih-muih, nasik Arab, satay dan segala mak-nenek makanan yang boleh dibeli di bazaar Ramadhan.
Jika tidak dilatih nafsu kita ini, kita akan menjadi gelojoh sewaktu iftar. Ini seterusnya menyebabkan pengambilan jumlah kalori melebihi kuantiti yang kita perlukan. Justeru, perut yang kekenyangan ini juga akan membuatkan kita berasa malas untuk membuat amal ibadat akibat tubuh yang kepenatan menghadam makanan. Sepatutnya, kita perlu mengikut amalan berbuka secara bersederhana sebagaimana sunnah Rasulullah. Kalau diikutkan rasa nafsu, memang boleh binasa badan kita dibuatnya.
Oleh itu, tak hairanlah jikalau perut kita masih dapat mengekalkan prestasi keboroiannya walaupun tak pernah miss puasa sepanjang Ramadhan.


18 KOMEN

  1. Selamat berpuasa dik..
    apa2 pun biar lah kita bersederhana dlm apa sekali pun kannn..
    kau jgn nak mkn sampai boncet pulak tau.. hahaha
    Ikhlas pesanan dari kak Jah… kikiki :p

  2. Sekarang pun tengah didik tuan suami beta supaya berbuka secara sedikit…. dia nak diet tapi waktu berbuka tu kalau kita masak sedap… dia makan tak hingat… nak halang pun tak sampai hati…. 🙂

Tinggalkan komentar