Menbebaskan diri dari segala hiruk-pikuk kehidupan kota sememangnya sesuatu yang amat mencabar dalam di bawa arus kesibukannya. Lumrah kehidupan kota, kita tidak dapat lari dari segala macam kebingitan yang datang dari segenap arah.
Tetapi, dengan kehadiran fon telinga nirwayar Galaxy Buds2 terkini, anda dapat membantu anda mengurangkan kebingitan ke mana sahaja anda pergi.
Sama ada berjalan-jalan di tengah kota mencari teman, mahupun beristirahat di kedai makan bersendirian, anda boleh mendapatkan ketenangan dari alunan muzik dari corong Galaxy Buds2 anda.
Galaxy Buds2 didatangkan dengan pembesar suara dua-hala dinamik yang memberikan bunyian yang lebih padu nan seimbang. Justeru, ia dapat membantu anda mendapatkan ketenangan yang dicari melalui alunan-alunan zikir yang dimainkan dari sambungan Bluetooth telefon anda.
Selain itu, fon telinga nirwayar Samsung ini juga dilengkapkan dengan Active Noise Cancellation. Ia merupakan bonus buat anda yang ingin mendapatkan ketenangan yang jauh dari hingar-bingar kota.
Galaxy Buds2 mampu mengawal sehingga 98% hingar luaran, namun anda masih lagi boleh mengawal tahap kawalan Ambient Sound mengikut kesesuaian keadaan di sekeliling anda.
Dikenali sebagai fon telinga paling ringan dan paling nipis di kalangan siri Galaxy Buds, Galaxy Buds2 direka bagi keselesaan anda memakainya untuk sepanjang hari.
Keselesaannya boleh membuatkan anda tidak sedar yang anda sedang memakainya. Malah, dengan fungsi ‘Earbud fit test’ di dalam aplikasi Galaxy Wearable, dapat membantu anda mendapatkan kesesuaian terbaik apabila memakainya.
Galaxy Buds2 menggabungkan kualiti bunyi cemerlang, active noise cancellation, dan keselesaan pemakaiannya. Gabungan terbaik ini membantu anda berusaha untuk sejahtera dan terus mencubanya walau di mana anda berada.
Dapatkan Galaxy Buds2 dengan pilihan warna Lavender, Olive, Graphite dan White pada harga RM499. Dari 22 September sehingga 31 Oktober 2021, pembelian Galaxy Buds2 akan menerima Galaxy Buds Water Resistant Cover bernilai RM99 secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Buds2, layari https://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds/galaxy-buds2-lavender-sm-r177nlvaxme/












