Home Catatan Bahaya Telan Panadol Melebihi Dos

Bahaya Telan Panadol Melebihi Dos

3880
29
Paracetamol atau nama panggilan bahasa pasarnya, ‘ubat Panadol’, sering sahaja menjadi peneman ketika aku jatuh sakit terkena demam denggi baru-baru ini. Pengambilan paracetamol ini adalah mengikut saranan pihak hospital dalam mengurangkan kesan demam selain dari pengambilan sup ketam dan meminum air kelapa mengikut saranan ibu bapa aku serta mertua aku.
West-Info
Timbul kebimbangan dalam diri aku sendiri jika secara tidak sengaja aku mengambil dos paracetamol melebihi dos yang disyorkan oleh doktor. Ini kerana, menurut laman MyHealth, pengambilan yang berlebihan boleh menyumbang kepada beberapa masalah seperti gastrik, sakit perut dan muntah-muntah. Selain itu, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dalam pengambilan paracetamol, walau bagaimanapun jika berlaku, perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Selain itu, menurut laman Patient.co.uk, masalah yang berkaitan dengan pengambilan overdose paracetamol adalah;

  1. Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan keracunan dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
  2. Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
  3. Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
  4. Allergic (pada sebahagian individu).

Langkah paling selamat dalam mengendalikan paracetamol ini adalah berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan yang bertauliah terlebih dahulu sebelum menelan ubat terbabit.
Namun, dalam keadaan semasa yang segalanya semakin mahal termasuk kos khidmat nasihat doktor yang semakin mahal membuatkan orang ramai lebih selesa membeli ubat-ubatan di kedai-kedai dan farmasi tanpa sebarang preskripsi.

29 COMMENTS

  1. dulu kerap sekarang boleh dengan jari.mungkin sb saya ambil makanan jus tambahan barangkali.itu kurang migren or sakit kepalanya.

  2. mmg betul tu bahaya ukt kesihatan akibat berlebihan dos…
    kos rawatan DR mahal coz harga ubt sekrg mahal-mahal belaka…
    nak buat cam ner,kita buat yg terbaik utk patient…thanks sharing

  3. saya ni jenis takut makan ubat.bukan takut sebab pahit tapi lebih kepada berhati2..walaupun setakat panadol je bila sakit tu,kalau boleh tahan saya tahan je la..kalau tak tahan saya tidur je…kira panadol ni kalau orang paksa2 baru saya makan.hehehe

  4. Aku jenis yang tak suka makan ubat bila demam. Mungkin sebab tu juga Allah bagi aku sakit demam ni 3 4 tahun sekali. Cuma bila dah demam memang teruk la demam nya. Walaupun tak suka makan tapi terpaksa jugak la telan panadol dan tidur. Terpaksa.

  5. betul tu…. KA dulu2 sakit kepala sikit duk telan panadol ni ajelah.. lama2 dah takut kesan tak baik nyer cuba alternatif lain, minum 1/2 cawan air + 1/2 cawan 100 plus bagi balance sikit sakit kepala tu & bertenang.. in shaa Allah

  6. ada jugak yang sebut PCM….. panadol ni le ubat yang paling popular sekali.. even yang sakit gigi pun makan untuk tahan sakit…… kalo yang selalu makan camne pulak?? … benda ni akan berkumpoi dalam badan kita ….

  7. assalam
    saya poulak jenis mmg x suka telan panadol.biar la dmm macm mana pon.snggup tahan.kalau skit tekak minum air byk2, air asam, air barli pon bagus kalau dmm.
    kalau skit kepala.. layankan aje.hihi
    jgn dibiasakan sgt dgn pengambilan ubat ubatan

  8. Memang aware dgn kesan overdose paracetamol..sbb akak ni penghidap migraine. Kalau dah sakit dan tak ada ubat migraine, kena telan paracetamol 2 biji 4-6 jam sekali.. Terima kasih atas perkongsian..

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.