Paracetamol atau nama panggilan bahasa pasarnya, ‘ubat Panadol’, sering sahaja menjadi peneman ketika aku jatuh sakit terkena demam denggi baru-baru ini. Pengambilan paracetamol ini adalah mengikut saranan pihak hospital dalam mengurangkan kesan demam selain dari pengambilan sup ketam dan meminum air kelapa mengikut saranan ibu bapa aku serta mertua aku.
![]() |
| West-Info |
Timbul kebimbangan dalam diri aku sendiri jika secara tidak sengaja aku mengambil dos paracetamol melebihi dos yang disyorkan oleh doktor. Ini kerana, menurut laman MyHealth, pengambilan yang berlebihan boleh menyumbang kepada beberapa masalah seperti gastrik, sakit perut dan muntah-muntah. Selain itu, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dalam pengambilan paracetamol, walau bagaimanapun jika berlaku, perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Selain itu, menurut laman Patient.co.uk, masalah yang berkaitan dengan pengambilan overdose paracetamol adalah;
- Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan keracunan dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
- Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
- Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
- Allergic (pada sebahagian individu).
Langkah paling selamat dalam mengendalikan paracetamol ini adalah berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan yang bertauliah terlebih dahulu sebelum menelan ubat terbabit.
Namun, dalam keadaan semasa yang segalanya semakin mahal termasuk kos khidmat nasihat doktor yang semakin mahal membuatkan orang ramai lebih selesa membeli ubat-ubatan di kedai-kedai dan farmasi tanpa sebarang preskripsi.















GREAT INFO
THANKS FOR SHARING
baca dan ekot arahan.. timing kena jaga.. jangan asal sakit terus mkn.. ekot dos yak di benarkan..
perkongsian yg bagus nih…kak kalau xtertahan sakit mesti cari paracetemol juga…
nice info follow here #222
Oo..tima kasih kongsi info..bru sya tau ni..asyik pening mesti tlan panadol je.huhu
dulu kerap sekarang boleh dengan jari.mungkin sb saya ambil makanan jus tambahan barangkali.itu kurang migren or sakit kepalanya.
Sangat informatif sebab kakak ni bila pening aje terus telan panadol. Tak dpt nasihat doktor pun.. bila baca ini rasa bimbang pulak..
mmg betul tu bahaya ukt kesihatan akibat berlebihan dos…
kos rawatan DR mahal coz harga ubt sekrg mahal-mahal belaka…
nak buat cam ner,kita buat yg terbaik utk patient…thanks sharing
mkn ikut saranan shj.
Apa sahaja kalau makan berlebihan pasti mendatangkan mudarat… Ikut saranan yg ditetapkan. Makan panadol lebih pun bukan boleh sembuh cepat.. 🙂
Klu overdos makan panadao ni mmg boleh memudaratkan.. boleh jadi lalok juga kan…
bahaya juga panadol ini jika tidak diguna mengikut peraturan
terima kasih kerana berkongsi.. bahaya jugak yer rupanya
apa2 ubat pun kalau kita ambil lebih dr dosage akan beri mudarat, termasuk juga kalau kita ambil terlalu kerap…
saya ni jenis takut makan ubat.bukan takut sebab pahit tapi lebih kepada berhati2..walaupun setakat panadol je bila sakit tu,kalau boleh tahan saya tahan je la..kalau tak tahan saya tidur je…kira panadol ni kalau orang paksa2 baru saya makan.hehehe
Aku jenis yang tak suka makan ubat bila demam. Mungkin sebab tu juga Allah bagi aku sakit demam ni 3 4 tahun sekali. Cuma bila dah demam memang teruk la demam nya. Walaupun tak suka makan tapi terpaksa jugak la telan panadol dan tidur. Terpaksa.
betul tu…. KA dulu2 sakit kepala sikit duk telan panadol ni ajelah.. lama2 dah takut kesan tak baik nyer cuba alternatif lain, minum 1/2 cawan air + 1/2 cawan 100 plus bagi balance sikit sakit kepala tu & bertenang.. in shaa Allah
Memang tak berani nak ambik lebih dos ditetapkan ni. Karang apa-apa jadi susah pulak.
ada jugak yang sebut PCM….. panadol ni le ubat yang paling popular sekali.. even yang sakit gigi pun makan untuk tahan sakit…… kalo yang selalu makan camne pulak?? … benda ni akan berkumpoi dalam badan kita ….
assalam
saya poulak jenis mmg x suka telan panadol.biar la dmm macm mana pon.snggup tahan.kalau skit tekak minum air byk2, air asam, air barli pon bagus kalau dmm.
kalau skit kepala.. layankan aje.hihi
jgn dibiasakan sgt dgn pengambilan ubat ubatan
kwn niesa pernah overdos mkn panadol..sekarang ssh nk telan pil.. Kalau nk mkn pil mesti muntah..tu simptom jgak ke?hehe
kalau stakat pening kepala, ubat paling mujarab ialah tidur… tapi kalau demam, mmg kena telan jugak la paracetamol, dan tidur… heheh
Aku asal pening sikit mesti ambil pnadol. Agak kerap juga, takut juga kalau overdos yang boleh menyebabkan penyakit kronik.
memang bahaya…nasib baiklah kita memang tak suka penadol..ada orang macam addicted dengan penadol ni..
Ada orang lain suka telan panadol dr g check doktor….
Terima kasih atas perkongsian.memang tak elok..ambik selalu pun tak elok inikan pula overdose kan
Risiko Anemia Semasa Mengandung
baru2 nie Nur tak sihat,sakit kepala..setelah 2 hari duk telan actifast je..tp x elok2 gak..akhirnya g klinik juga…hihi…
Memang aware dgn kesan overdose paracetamol..sbb akak ni penghidap migraine. Kalau dah sakit dan tak ada ubat migraine, kena telan paracetamol 2 biji 4-6 jam sekali.. Terima kasih atas perkongsian..
I makan 7 biji terus sekarang. Tak tau nak jadi apa nanti?????
Apa jadi kalau ambil tiga biji ubat deman?Kesan dia sama juga ke?