Utama Laptop Asus Asus Zenbook Pro 15 terbaru hadir dengan pemprosesan Intel Core i9

Asus Zenbook Pro 15 terbaru hadir dengan pemprosesan Intel Core i9

938
0

Asus secara senyap-senyap telah pun melancarkan laptop berprestasi tinggi, Zenbook Pro 15 UX550GD. Laptop berkerangka nipis 18.9mm ini menampilkan pemprosesan terkini Intel Core i9-8950HK, sesuatu yang agak sukar diketemukan pada mana-mana laptop gred profesional lain pada ketika ini.

Untuk paparannya, laptop ini menggunakan skrin berbilang sentuhan 15.6 inci IPS. Terdapat dua pilihan paparan bagi laptop jenis ini yang mana salah satunya menyediakan panel 4K berserta sokongan 100% warna AdobeRGB. Manakala pilihan satu lagi adalah panel FullHD yang merangkumi 100% ruang warna sRGB.

Bagi penyambungannya pula, laptop ini menyediakan dua labuhan USB 3.1, dua labuhan Thunderbolt 3, sebuah labuhan paparan HDMI, sebuah slot pembaca kad mikroSD, sebuah bicu audio, dan juga tidak ketinggalan labuhan khusus untuk tujuan mengecas.

Turut disertakan pada laptop ini adalah sebuah webcam VGA dan pembesar suara stereo Harman Kardon. Bateri berkuasa 171Wj yang disediakan bagi laptop ini mampu bertahan untuk digunakan selama 9.5 jam.

Harga dan keberadaan laptop Zenbook Pro 15 UX550GD ini masih lagi belum diumumkan. Namun, dijangkakan harga yang ditawarkan nanti mungkin pada harga premium.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.