ARM dan Intel, secara berjemaah telah mengumumkan persetujuan bagi menghasilkan SoC ARM melalui proses pembuatan 10 nm Intel. Sehubungan itu, pengeluar-pengeluar yang menghasilkan cip yang berasaskan Artisanal Physical IP dari AMD boleh menggunakan perkhidmatan Custom Foundry Intel untuk menghasilkan cip rekaan masing-masing.
ARM hanyalah berperanan merekabentuk cip-cip dan untuk menghasilkannya pula, banyak diserahkan kepada pengeluar-pengeluar seperti Qualcomm. Melalui persetujuan ini, buat pertama kalinya pemproses bersenibina ARM dihasilkan di faundri-faundri Intel.
Intel sebelum ini dilihat sebagai pesaing utama kepada pasaran pemproses peranti mudah alih yang didominasi oleh pemproses-pemproses ARM. Namun, atas faktor kesukaran Intel untuk menembusi pasaran mudah alih ini, Intel telah memilih untuk bekerjasama dengan pesaing mereka ini.
Perkhabaran sebegini bukanlah pertama kali berlaku pada Intel. Terdahulu Intel telah memberikan kebenaran kepada pengeluar pihak ketiga untuk menghasilkan cip masing-masing di Intel Custom Foundry seperti yang pernah ditawarkan kepada LG Electronics dan Achtronix Semiconductor.
Bagi rakan-rakan kongsi ARM, persetujuan ini membuka peluang untuk menggunakan fasiliti penghasilan cip 10 nm dan memberikan alternatif baru selain dari Qualcomm dan TSMC.













