Anda tidak keseorangan jika merasakan adapter USB Type-C Apple terlalu mahal. Ramai pengguna-pengguna Mac berasa kecewa apabila Apple tidak menyertakan bersama labuhan USB-A yang biasa digunakan pada MacBook Pro keluaran terbarunya.

Tindakan ini mengakibatkan pengguna-penggunanya terpaksa menggunakan adapter jika ingin menyambung ke mana-mana peranti yang menggunakan sambungan USB.

Walaubagaimanapun, Apple prihatin dan sedia mendengar masalah para penggunanya. Disebabkan itu, Apple telah bersedia menurunkan harga pada aksesori-aksesori berkaitan USB Type-C yang terpilih.

Antaranya adalah adapter USB Type-C untuk Thunderbolt 3 yang pada asalnya dijual pada RM229, kini telah mendapat diskaun sebanyak RM90 dan kini ditetapkan pada harga RM139. Aksesori-aksesori lain, termasuk adapter USB-C ke USB, adapter USB-C ke Digital AV Multiport, kabel USB-C ke Lightning dan juga adapter USB-C VGA Multiport, turut dijual pada harga diskaun.

  • Adapter USB-C ke USB – RM49 (sebelum RM89)
  • Adapter Thunderbolt 3 (USB-C) keThunderbolt 2 – RM139 (sebelum RM229)
  • Adapter USB-C Digital AV Multiport – RM229 (sebelum RM329)
  • Adapter USB-C VGA Multiport – RM229 (sebelum RM329)
  • Kabel USB-C ke Lightning (1 meter) – RM89 (sebelum RM119)
  • Kabel USB-C ke Lightning (2 meter) – RM139 (sebelum RM169)

Harus diingat bahawa tawaran ini hanya sah sehingga 31 Disember 2016 dan bagi pengguna yang ingin mendapatkan aksesori-aksesori ini pada harga diskaun perlu membelinya dalam tempoh berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Apple Online Store dan 9to5 Mac

Tinggalkan komentar