Ketika ini terdapat lima Apple Store di rantau Asia Tenggara dengan tiga daripadanya di Singapura dan dua lagi di Bangkok, Thailand. Di Malaysia, ura-ura Apple Store akan dibuka di Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mula kedengaran sejak April lalu.

Kononnya ia akan dibuka pada tahun 2022 dan memandangkan tahun ini pun sudah hampir berakhir, mungkin pembukaan pada tahun ini yang diperkatakan sebelum ini kekal sekadar desas-desus semata-mata.

Pun begitu, baru-baru ini tersebar satu foto yang didakwa sebagai Apple Store TRX akan dibuka melalui satu untaian di dalam forum laman web Skyscraper City. Imej berkenaan bagaiamanpun telah dipadamkan setelah ia tersebar luas di dalam internet.Apple Store Malaysia TRX Jalan Tun Razak KL-2

Pemadaman imej ini juga turut menguatkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa kemungkinan Apple Store akan dibuka di Malaysia benar-benar akan berlaku. Namun, agak sukar untuk menyatakan kesahihan imej tersebut yang kebanyakannya menunjukkan bahagian bangunan yang sedang dibina dan dikelilingi perancah (scaffolding).

Resolusi imej yang tersebar berkenaan juga beresolusi rendah dan seterusnya menyukarkan para warga maya meneliti untuk mendapatkan maklumat lanjut.the-exchange-trx-KL

Dalam pada masa yang sama, Pengarah Projek The Exchange TRX Mitch Wilson baru-baru ini menyatakan kawasan berkenaan dijadualkan akan dibuka sekitar suku keempat 2023. Dijangkakan sejumlah 400 kedai dan 100 premis makanan akan dibuka di pusat membeli-belah berkenaan termasuk Golden Screen Cinemas (GSC).

Tinggalkan komentar