Ciri pengesan pelanggaran (crash detection) turut diumumkan bersama-sama ketika pelancaran iPhone 14 baru-baru ini. Fungsi ini berfungsi melalui sensor di dalam iPhone dengan teknologi khas yang membolehkan mengetahui seseorang pengguna tersebut terlibat di dalam kemalangan.

Melalui fungsi ini juga, iPhone pengguna berkenaan secara automatik akan meminta pengguna untuk membuat panggilan kecemasan. Jika pengguna berkenaan tidak memberikan sebarang respon, iPhone tersebut akan membuat panggilan kecemasan secara automatik.

Wartawan The Wall Street Journal (WSJ) Joanna Stern bekerjasama dengan seorang penggiat sukan derby pelanggaran (demolition derby) di Michigan, AS bagi menguji ciri keselamatan di dalam iPhone 14.

Ujian tersebut dilakukan dengan melibatkan sebuah iPhone 14, sebuah Google Pixel yang ditempatkan di dalam kereta derby, dan seutas Apple Watch Ultra pada tangan pemandu. Manakala sebuah iPhone 14 Pro Max dan Pixel 6 pula ditempatkan di dalam kereta terbuang yang pegun untuk tujuan dilanggar dalam ujian ini.

Kereta derby yang dipandu oleh pemandu derby profesional kemudian dibawa untuk melanggar kereta terbuang tersebut untuk melihat peranti mana yang memicu Crash Detection.

Pelanggaran tersebut telah menghasilkan keputusan yang bercampur-campur dari iPhone dan Pixel. WSJ seterusnya telah menghubungi Apple untuk mendapatkan ulasan.

When I contacted Apple with the results, a company spokesman said that the testing conditions in the junkyard didn’t provide enough signals to the iPhone to trigger the feature in the stopped cars.

Bagaimana Crash Detection iPhone 14 berfungsi

Untuk membolehkan Crash Detection berfungsi, terlebih dahulu ia perlu mengesan sama ada peranti berkenaan berada di dalam kenderaan yang bergerak. WSJ menggariskan satu algoritma akan mengambil kira beberapa faktor untuk membolehkna ia berfungsi.

  • Sensor pergerakan yang mengesan perubahan gerakan yang mendadak.
  • Mikrofon pula mengesan bunyi yang kuat seperti kesan hentaman pelanggaran.
  • Barometer pula boleh mengesan perubahan tekanan udara apabila beg udara dibuka.
  • Bacaan GPS mampu mengesan perubahan kelajuan mendadak kenderaan yang bergerak tersebut, sambil mengesan sama ada berada di dalam kenderaan atau tidak.
  • CarPlay dan Bluetooth mengesahkan sama ada peranti tersebut benar-benar di dalam kenderaan.

Ciri pengesan pelanggaran di dalam Google dan Apple tidak mampu mengesan kesmeua jenis pelanggaran. Terdapat satu penafian di bawah tetapan Crash Detection yang menyatakan perkara tersebut.iPhone 14 Crash Detection Settings

Dalam kebanyakan kes, peranti-peranti tersebut terlebih dahulu perlu mengesan sama ada sedang berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak dan turut dibantu oleh isyarat-isyarat lain yang dinyatakan di atas.

Apa pun, sebaiknya kita sentiasa berhati-hati walau di mana jua berada kerana bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Tinggalkan komentar