Apple secara rasminya memperluaskan perkhidmatan Maps di Malaysia menambahkan sokongan petunjuk laluan pengangkutan awam di bandar-bandar utama. Bermula dari 23 Mei, pengguna kini boleh merancang perjalanan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Baharu menggunakan pilihan pengangkutan merangkumi bas, keretapi ringan, monorel, feri, dan keretapi.
Ciri ini turut menyokong perkhidmatan rentas sempadan dan transit penginapan di lapangan terbang, menawarkan jadual waktu dan jangkaan waktu ketibaan untuk pengalaman yang lancar.
Berikut adalah perkhidmatan pengangkutan awam yang berintegrasi dengan Apple Maps:
Bas
- AEROBUS
- Airport Coach
- Bas Muafakat Johor
- Land Transit Authority Bus
- Causeway Link
- Causeway Link Airport Shuttle
- Go Genting Express Bus
- GOKL City Bus
- KR Travel & Tours
- MARALINER
- MRT Feeder Bus
- myBAS
- PJ City Bus
- rapidKL Bus
- rapidPenang
- Ridewell Travel
- Singapore-Johore Express
- SkyBus
- SMART Selangor
- Selangor Bus
- Star Shuttle
- Suasana Edaran Express
- Transtar Cross Border
- Wawasan Sutera
Bus Rapid Transit (BRT)
- BRT Sunway Line
Feri
- Alibaba Pulau Ketam Ferry
- Penang Ferry
Keretapi
- KLIA Ekspres
- KLIA Transit
- KTM Electric Train Service
- KTM Intercity
- KTM Komuter
Keretapi Ringan
- LRT Ampang Line
- LRT Kelana Jaya Line
- LRT Sri Petaling Line
- MRT Kajang Line
- MRT Putrajaya Line
Keretapi Funikular
- Keretapi Funikular Bukit Bendera, Pulau Pinang
Gondola
- Resorts World Genting
Monorel
- KL Monorail Line
Bagi mengakses petunjuk transit pada Apple Maps, buka aplikasi Maps pada iPhone, iPad atau Mac anda, kemudian masukkan destinasi di dalam bar carian dan mengetik pada butang “Directions”. Selepas itu, pilih tab “Transit” (ditunjukkan dengan ikon tren) untuk melihat pilihan pengangkutan awam.
https://x.com/ErnestOnPT/status/1925826177131790690
Anda boleh memilih laluan berdasarkan waktu berlepas, tempoh waktu perjalanan yang dijangka, dan bilangan perpindahan stesen yang perlu dilakukan. Apple Maps juga akan memaparkan jadual waktu berlepas dan petunjuk pejalan kaki dari dan ke hentian transit berkenaan.
Navigasi transit berjalan seiringan dengan lain-lain ciri Apple seperti integrasi kalendar, Siri, dan Apple Watch bagi membantu pengguna kekal di laluan yang betul. Anda juga boleh menandakan laluan kegemaran, menerima notifikasi pemindahan stesen, dan mengikuti kemaskini masa-nyata apabila tersedia.













