Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, tiga minggu selepas pelancarannya di peringkat global, iPhone SE Generasi Ke-2 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei ini.

Menurut Apple, iPhone terbarunya ini boleh didapati menerusi laman web Apple Malaysia bermula dari Isnin, 11 Mei 2020.

iPhone SE Generasi Ke-2 ini juga boleh didapati menerusi aplikasi Apple Store pada peranti-peranti Apple.

Apple turut menyatakan para pelanggan boleh mendapatkannya di cawangan-cawangan Penjual Apple Berizin pada minggu yang sama. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan juga turut menerbitkan iklan bayangan kehadiran iPhone SE Gen Ke-2 ini sejak beberapa minggu yang lalu.

iPhone SE Generasi Ke-2 dijual pada harga RM 1,999 untuk model 64GB. Manakala untuk model 128GB dan 256GB pula, masing-masing dijual pada harga RM 2,199 and RM 2,699.

Tinggalkan komentar