Apple kini dilihat sedang ketinggalan dalam perlumbaan untuk menjadikan Siri sebagai pembantu AI yang berguna seperti pesaing-pesaingnya. Ketika desakan dari pengguna semakin kuat, Apple sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi model bahasa raya (large language model, LLM) dari syarikat lain.

Menurut editor Bloomberg dan ‘orang dalam’ Apple, Mark Gurman, Apple kini sedang mempertimbangkan kerjasama dengan pesaing paling rapatnya di dalam perniagaan telefon pintar, Google.

Sebelum ini Apple pernah berhubung dengan OpenAI dan Anthropic untuk membincangkan perkara yang sama mengenai penggunaan teknologi mereka untuk Siri. Dalam pada masa yang sama, Google turut dilaporkan telah mula melatih sebuah model yang boleh beroperasi di dalam pelayan Apple.

Apple dijangka tidak akan membuat sebarang keputusan kerjasama dengan syarikat lain untuk Siri dalam masa terdekat ini.

Tinggalkan komentar