Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu iaitu Vaccine Certificate Verifier (VCV) bagi mengesahkan kesahihan sijil vaksin digital. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.
Aplikasi ini berfungsi dengan mengimbas kod QR sijil vaksin digital yang disediakan kepada penerima suntikan vaksin di dalam aplikasi MySejahtera. Pengesahan yang telah dibuat oleh aplikasi ini juga tidak membenarkan pengguna melakukan tangkapan layar paparan yang ditunjukkan.
Penggunaan aplikasi ini juga bertujuan menghalang pemalsuan sijil vaksin selepas kelonggaraan pembukaan sektor ekonomi yang telah diumumkan baru-baru ini.
Pemilik-pemilik premis juga dijangka dapat memanfaatkan fungsi aplikasi Vaccine Certificate Verifier (VCV) ini bagi membantu pematuhan SOP.
















