KUALA LUMPUR, 7 November 2022 – HONOR Malaysia hari ini mengumumkan barisan pemenang Anugerah HONOR Magic Moments 2022. Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li berkata, anugerah bertemakan The Beauty of Malaysia, Anugerah HONOR Magic Moments 2022 menjadi platform kepada peminat fotografi telefon pintar untuk mencipta dan meroka bakat menerusi teknologi pengimejan mudah alih di peringkat global.

Anak tempatan Muhd Fuad dinobatkan pemenang Anugerah Pengesyoran bagi rakaman foto berjudul When Sun Goes Down (Saat Matahari Terbenam). Pengumuman tersebut satu kebanggaan negara, malah penyertaan foto Muhd Fuad berjudul Stranded Ship turut menarik perhatian juri, sekaligus memberi pengiktirafan nasional bagi karya tersebut. 

Anugerah HONOR Magic Moments 2022 yang membuka penyertaannya pada Mei lalu menerima lebih 300,000 penyertaan dan jumlah ini adalah yang tertinggi sejak penubuhannya pada 2021. Penyertaan diadili oleh tujuh jurugambar veretan terkenal yang juga pemenang pelbagai anugerah fotografi. Berikut foto dirakam Muhd Fuad.

When Sun Goes Down_Muhd Fuad

Tajuk: When Sun Goes Down (Saat Matahari Terbenam)

Model Telefon: HONOR Magic4 Pro

Kisah: Gipsi laut merupakan pelaut mahir yang tinggal di sekitar perairan Segitiga Terumbu Karang antara Malaysia, Filipina dan Indonesia sejak bergenerasi lamanya. Sehingga kini, sebahagian besar kumpulan etnik tersebut masih tinggal di bot atau pondok dibina atas laut berhampiran pulau-pulau Semporna. Ini adalah peluang berharga untuk merakam kehidupan seharian mereka menggunakan telefon pintar HONOR yang mempunyai tindak balas pantas dan AI pintar. 

Muhd Fuad suntik inspirasi kepada rakyat Malaysia menjadi berani

Selain Muhd Fuad, tempat kedua dan ketiga anugerah tersebut masing-masing dimenangi jurugambar tempatan Andie Anthony dan WildanT. Ketiga-ketiga pemenang tersebut merakam foto mereka menggunakan HONOR Magic4 Pro. Seramai 15 pemenang sagu hati turut diumumkan bagi pertandingan tersebut. Foto-foto Muhd Fuad, Andie Anthony dan WildanT boleh dilihat di bawah.

Stranded Ship_Muhd Fuad

Tajuk: Stranded Ship (Kapal Terbiar)

Model Telefon: HONOR Magic4 Pro

Kisah: Saya bersama seorang rakan menikmati matahari terbenam di pantai. Terdapat sebuah kapal besar yang tersadai di pantai pada waktu hampir malam. Walaupun memiliki kamera DLSR, namun keupayaan fleksibilitinya adalah terhad. HONOR Magic4 Pro mempunyai kelebihan untuk rakaman tersebut. Saya menggunakan mod Ultra Lebar serta dari sudut pandang rendah menggunakan tali di pantai sebagai garisan utama ke arah kapal.

The calamity of nature_Andie Anthony

Tajuk: The calamity of nature (Kedamaian Alam)

Model Telefon: HONOR Magic4 Pro

Kisah: Apabila saya memikul terlalu banyak beban disebabkan tekanan kerja dan kehidupan seharian, satu-satunya cara untuk menenangkan diri adalah bersatu dengan alam. Kedamaian alam membantu menyembuhkan jiwa. Tidak mengapa jika mahu menangis di depan alam bagi melepaskan tekanan. Foto ini menggambarkan detik-detik magis saya.

Curiosity_WildanT

Tajuk: Curiosity (Sifat Ingin Tahu)

Model Telefon: HONOR Magic4 Pro

Kisah: Kucing kadang kala keletahya nakal tetapi comel. Antara keistimewaan sifat mereka adalah gerak geri yang sukar diketahui. Ini mendorong saya merakam detik-detik ingin tahu kucing peliharaan ketika bermain dengannya. Ia keluar dan masuk di bawah kerusi malas sambil ‘merancang’ tindakan seterusnya menyerang anak patung dalam tangan saya. Bukan selalu berpeluang merakam detik-detik comel sebegini.

Senarai penuh pemenang Anugerah HONOR Magic Moments boleh dilihat di laman web https://www.hihonor.com/magic-moments-awards/en/2022-awards/ 

Tinggalkan komentar