Bulan lalu, Google telah meminta pendapat dari para penggunanya di seluruh dunia untuk mencadangkan nama yang sesuai bagi Android N. Versi terkini sistem operasi khusus untuk peranti mudah alih berkenaan dijangkakan akan diterbit pada tahun ini juga. Google juga turut menyediakan video interaktif yang menarik bersempena kempen penamaan tersebut.
Kini, Google telah bersedia untuk mengumumkan nama rasmi yang bakal digunakan untuk versi terkini Android dan melalui Twitter, Google secara rasminya menggelarkannya sebagai Nougat.
Sama juga dengan nama-nama versi Android yang terdahulu, penamaan tersebut ditandai dengan sebuah tugu Android yang baru di laman kampus Google di Mountain View, Amerika Syarikat.
Introducing #AndroidNougat. Thank you, world, for all your sweet name ideas! #AndroidNReveal pic.twitter.com/7lIfDBwyBE
— Android (@Android) June 30, 2016
Selain dari Nougat yang kini secara rasminya dipilih sebagai nama rasmi, banyak pihak yang merasakan pemilihan nama manisan yang bermula dengan huruf N seperti Nutella adalah lebih sesuai. Walaubagaimanapun, nama rasmi ini tetap menjadi pilihan yang bagus berbanding nama lain yang mengarut seperti Namey McNameface.
-Sumber berita diperoleh dari The Next Web













Ingat macam nama nugget.hahaha