Google telah menambah sokongan untuk aplikasi Android 64-bit sejak 2014 melalui pelancaran Android 5.0 Lollipop. Ketika itu, Google masih lagi meneruskan sokongan untuk aplikasi 32-bit.

Bagaimanapun, era 32-bit mungkin akan berakhir tidak lama lagi apabila kod sumber Android 13 pada peranti Pixel Tablet menunjukkan ia mungkin menjadi peranti pertama yang hanya membenarkan aplikasi 64-bit sahaja.

Ketika awal era telefon pintar, aplikasi-aplikasi pada Android, iOS dan beberapa OS yang lain, kesemuanya adalah 32-bit. Sokongan 64-bit pada telefon pintar mula hadir menerusi senibina ARM v8 pada 2011.

Lama-kelamaan, para pembangun perisian mula beralih ke aplikasi 64-bit dan beransur-ansur meninggalkan 32-bit. Buat masa ini masih terdapat lagi aplikasi-aplikasi 32-bit terbiar di dalam Google Play Store dan ia dijangka akan mula hilang tidak lama lagi.

Android merupakan projek sumber terbuka dan melalui penerbitan Android 13 secara rasminya pada minggu ini, kod-kod sumbernya. Di dalamnya turut menunjukkan kod yang mungkin memberi bayangan mengenai perancangan aplikasi-aplikasi Google di masa depan.

Salah satu dari komen di dalam kod tersebut menyatakan sebuah peranti yang dinamakan sebagan “Tangor” yang merupakan nama kod untuk Google Pixel Tablet. Ia tertera, “Move tangor to 64-bit only,” Jika ia dibawakan pada peranti berkenaan kelak, ia mungkin menjadi peranti pertama yang diketahui tidak membenarkan aplikasi 32-bit dimuatkan.

Turut dimuatkan ke dalam kod tersebut adalah berkenaan teras CPU ARM v9, yang merangkumi cip terkini seperti Snapdragon 8 Gen 1. Kod berkenaan menunjukkan satu ujian bagi mengesahkan peranti-peranti yang hanya boleh menggunakan kod 64-bit dan hanya boleh dilakukan pada “Android U. Berdasarkan cara Google menguruskan pembangunan sistem operasinya, berkemungkinan sokongan 32-bit pada Android 14 mungkin tiada lagi pada tahun hadapan.

Kelebihan 64-bit

Aplikasi 64-bit adalah lebih cekap dan penggunaan memorinya juga dipertingkatkan dan atas sebab itu juga Android dan iOS berusaha gigih untuk memastikan para pembangun melakukan perubahan ke 64-bit. Apple telah menghentikan sokongan 32-bit beberapa tahun lepas dan kini giliran Google pula melakukan yang sama.

Tindakan menamatkan aplikasi 32-bit ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pemprosesan telefon pintar mercu seperti Snapdragon 8 Gen 1 hanya mempunyai tiga teras CPU yang mampu menjalankan aplikasi 32-bit.

Aplikasi yang dibangunkan di dalam Java atau Kotlin untuk Android juga kini sedia dalam platform 64-bit. Google juga telah mula mewajibkan aplikasi natif 32-bit menyertakan pakej 64-bit pada 2019. Kini, aplikasi-aplikasi yang hanya mempunyai versi 32-bit di Google Play Store merupakan aplikasi yang tidak dikemaskini untuk beberapa tahun. Tambahan pula, Google juga baru-baru ini telah mengumumkan untuk mengambil tindakan menyorokkan aplikasi lama dan terbiar di dalam Play Store.

Tinggalkan komentar