Awal tahun ini, ura-ura mengatakan AMD akan mendedahkan CPU terbarunya, Ryzen 3000 dan GPU, Radeon Navi sama ada di Computex atau di E3 2019. Kini, AMD telah mengesahkan bahawa kedua-dua produk berkenaan dijangka hadir ke pasaran pada suku ketiga tahun ini.
Maklumat berkenaan dikongsikan melalui sebuah slaid pembentangan untuk mesyuarat tahunan pemegang saham AMD. Di dalam slaid berkenaan, CPU Ryzen Generasi Ketiga disenaraikan bersebelahan dengan GPU Navi. Menariknya, slaid berkenaan jelas menyatakan kad grafik AMD “Radeon VII + Navi”; secara tidak langsung, menunjukkan kemungkinan kad grafik mercu keluarannya bakal diberi nafas baru.
Terdahulu, AMD pernah mengejutkan dunia PC apabila mengumumkan Radeon VII sewaktu CES 2019. Berdasarkan spesifikasi, kad berkenaan mampu mengendalikan memori grafik HBM2 sehingga 16GB. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenainya.
Selain itu, terdapat desas desus lain yang melaporkan AMD tidak akan menggunakan dan Navi. Sebaliknya memilih untuk mengadaptasi format GDDR6. Format tersebut kini digunakan oleh NVIDIA melalui siri GeForce RTX terbaru dan juga beberapa model siri GTX 16.
Apa yang menariknya lagi, GPU terbaru tersebut dijangka menyokong ‘ray tracing’ yang seterusnya memberikan kelebihan untuk menyaingi NVIDIA.
Buat masa ini, kita hanya perlu menunggu kenyataan rasmi dari Lisa Su, Ketua Pegawai Eksekutif AMD, mengenai Ryzen 3000 CPU dan senibina GPU terbaru Navi dalamĀ ucaptama beliau di Computex 2019.
Sumber berita diperoleh dari Videocardz













