Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sebanyak 102 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 23 hingga 29 Oktober 2025.

Langkah ini diambil bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran murid tidak terjejas oleh penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan.

Menurut KPM, keputusan untuk meluluskan pelaksanaan PdPR dan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi sekolah-sekolah yang terlibat dibuat selepas mengambil kira jangkaan gangguan lalu lintas di sekitar lokasi penganjuran sidang kemuncak tersebut.

“Langkah ini diambil bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terganggu, dengan mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh sidang kemuncak itu berlangsung,” menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan.

Kementerian turut menyatakan keyakinan terhadap kelancaran pelaksanaan PdPR kali ini, bersandarkan pengalaman sedia ada semasa pandemik COVID-19 dan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Mei yang lalu.

Antara kawasan yang terlibat di Selangor termasuklah daerah Petaling Utama, di mana beberapa sekolah seperti SK Assunta (Satu), SK Methodist PJ, SMK La Salle PJ, dan SMK Sultan Abdul Samad akan beralih ke mod PdPR.

Selangor

Petaling Utama

  1. SK Assunta (Satu)
  2. SK Lembah Subang
  3. SK (L) Bukit Bintang (1)
  4. SK Methodist PJ
  5. SK Jalan Selangor (Satu)
  6. SK 2 Jalan Selangor
  7. SK Satu Sultan Alam Shah
  8. SK 2 Sultan Alam Shah
  9. SK Sungei Way
  10. SJK(T) Vivekananda
  11. SMK Sri Utama
  12. SMK Lembah Subang
  13. SMK Assunta
  14. SMK (L) Bukit Bintang
  15. SMK Katholik
  16. SMK La Salle PJ
  17. SMK Sultan Abdul Samad
  18. SMK (P) Taman Petaling
  19. Sekolah Rendah Sri Aria
  20. Arrows International Secondary School

Petaling Perdana

  1. SK TUDM Subang
  2. SK TTDI Jaya
  3. SK Bukit Jelutong
  4. SMK TTDI Jaya
  5. SMK Shah Alam
  6. SMK Bukit Jelutong
  7. Asia Pacific International School
  8. Australian International School
  9. HELP International School
  10. Sekolah Menengah Bestari Asia Pacific
  11. Sekolah Rendah Bestari Asia Pacific
  12. Sri Kuala Lumpur International School
  13. The Japanese School of Kuala Lumpur

Sepang

  1. SK Cyberjaya
  2. SK Taman Putra Perdana
  3. SK Taman Putra Perdana 2
  4. SJK (C) Union
  5. SMK Cyberjaya
  6. SMK Putra Perdana

Hulu Langat

  1. Sekolah Rendah Stella Maris.

Kuala Lumpur

Bangsar/Pudu

  1. Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pudu Jaya
  2. SJKC Lai Meng
  3. SKPK Jalan Peel
  4. SMK (P) Bandaraya
  5. SMK (P) Jalan Pudu
  6. SMK (P) Methodist KL
  7. SJKC Kuen Cheng 1
  8. SK Jalan Hang Tuah
  9. SK (P) Pudu
  10. SJKC Kung Min
  11. SK Jalan Pasar
  12. SK Dato Abu Bakar
  13. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah
  14. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
  15. SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  16. SM Integrasi Sains Tahfiz
  17. SM Sains Alam Shah
  18. SM Sains Selangor
  19. Sekolah Sukan Bukit Jalil
  20. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
  21. Alnoor International School
  22. Cranbridge International School
  23. Havil International School
  24. Rocklin International School
  25. Sekolah Menengah Stella Maris

Keramat

  1. SMK Convent Bukit Nanas
  2. SMK Puteri Wilayah
  3. SMK Padang Tembak
  4. SMK Puteri Ampang
  5. SMK Seri Ampang
  6. SMK Puteri Titiwangsa
  7. SMK Seri Titiwangsa
  8. St. John Institution
  9. SK Convent 1 & 2 Bukit Nanas
  10. SK St John 1
  11. SJKC Nan Kai
  12. SK Kg Bharu
  13. SK Pendidikan Khas Kg Bharu
  14. SJKT Jalan Fletcher
  15. SK Jalan Kuantan 2
  16. SK Padang Tembak 1
  17. SK Padang Tembak 2
  18. SK Polis Depot
  19. SK Jalan Gurney 1
  20. SK Jalan Gurney 2
  21. SK Jalan Raja Muda
  22. Kolej Vokasional Setapak
  23. Kolej Vokasional Ert Setapak
  24. St. John’s International Primary School
  25. St. John’s International Secondary School

Sentul

  • SMK Maxwell
  • SJKT Appar
  • SJKC Chung Kwok
  • SK (L) Jalan Batu
  • SK (P) Jalan Batu
  • SK Pendidikan Khas Jalan Batu
  • SK Kiaramas, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • SMK Agama Kuala Lumpur
  • SM Sains Seri Puteri
  • Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Desa Mahkota
  • SMK Kiaramas

Tinggalkan komentar