Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan pihak kerajaan mensasarkan untuk mencapai liputan 100% 5G di seluruh negara menjelang 2024. Beliau memaklumkan menerusi ucaptama di Sidang Kemuncak Pemulihan Negara semalam.

Menurut beliau, Fasa 1 pelaksanaan ini akan melibatkan 10% kawasan liputan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya hujung 2021.

Pelaksanaan ini akan diikuti oleh Fasa 1b yang mensasarkan 40% liputan 5G di bandar-bandar utama sekitar Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Fasa ini dijangkakan dapat diselesaikan pada penghujung tahun 2022.

Rangkaian 5G di seluruh negara akan dijalankan secara berperingkat sehingga mampu dicapai 100% di seluruh negara pada 2024. Apa yang menarik, sasaran ini dilihat lebih tinggi jika dibandingkan dengan sasaran 80% sebelum ini. Sasaran berkenaan telah dinyatakan oleh Pengerusi Digital Nasional Berhad (DNB), Datuk Asri Hamidon pada Julai lalu.

Tinggalkan komentar