Mark Zuckerberg telah menyampaikan ucapan di PBB sebanyak dua kali menyeru kepada para perwakilan untuk memberikan akses internet universal sebagai keutamaan. Sepanjang sesi Perhimpunan Agung PBB kali ke 70, Mark Zuckerberg memberikan ucapan di Persidangan Pembangunan Berkesinambungan PBB (U.N. Sustainable Development Conference).
Seterusnya beliau meneruskan program beliau di PBB dengan memberikan ucaptamanya di Forum Sektor Swasta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Private Sector Forum). Turut hadir di dalam forum berkenaan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Chancellor Jerman, Angela Merkel.
“Berhubung dengan dunia merupakan cabaran utama untuk generasi kami (Connecting the world is one of the fundamental challenges of our generation),” ujar Mark Zuckerberg. “Lebih dari 4 billion umat manusia tidak dapat menyuarakan pendapat mereka di atas talian (More than 4 billion people don’t have a voice online).”
Pada ucapan pertamanya di Persidangan Pembangunan Berkesinambungan PBB, Mark Zuckerberg menyeru kepada warga dunia menggembleng usaha ke arah sambungan internet untuk setiap insan di dunia melalui kempen yang digerakkan oleh ONE, sebuah organisasi antarabangsa. Organisasi berkenaan mensasarkan untuk menyediakan sambungan internet kepada setiap insan di muka bumi ini menjelang tahun 2020 melalui ‘Deklarasi Penyambungan'(‘Connectivity Declaration’).
Inisiatif ini hadir sebagai sebahagian dari usaha PBB untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2030.
Antara organisasi dan selebriti yang menyokong usaha ini adalah Action/2015, Bill & Melinda Gates Foundation, Mo Ibrahim Foundation, Save the Children, TED, United Nations Foundation, Ushahidi, Bono, Richard Branson, Arianna Huffington, Shakira, George Takei, Charlize Theron, Jimmy Wales dan ramai lagi.
Mark Zuckerberg turut mengeluarkan kenyataan di dalam Facebook beliau berkenaan perkara ini:
By giving people access to the tools, knowledge and opportunities of the internet, we can give a voice to the voiceless and power to the powerless. We also know that the internet is a vital enabler of jobs, growth and opportunity. And research tells us that for every 10 people connected to the internet, about 1 is lifted out of poverty.
Sebanyak USD25 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan kempen ini dengan USD 3.3 juta hadir dari Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Sweden.
Pihak PBB turut dimaklumkan oleh pengasas Facebook ini bahawa platform media sosial ini sedang bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian dalam menyediakan akses internet di kem-kem pelarian di serata dunia.
Ramai pihak mempersoalkan kewajaran pemberian perkhidmatan internet secara percuma ini kerana bimbang jika terdapat agenda-agenda tersembunyi yang dirahsiakan dari pengetahuan umum.
-Sumber berita disunting dari Reuters













