Strategy Analytics telah menerbitkan laporan sukuan berkenaan pasaran telefon pintar di Eropah. Berdasarkan laporan tersebut, didapati Xiaomi telah mengatasi Samsung dan menjadi pengeluar paling laris dengan pengusaan pasaran 25.3%. Angka ini diekori rapat oleh Samsung dan tidak dapat dijangkakan siapakah yang akan menjadi peneraju sebenar sepanjang tahun ini.
| Syarikat | Jualan (juta) | Penguasaan Pasaran Q2 2021 | Beza tahunan |
| Xiaomi | 12.7 | 25.3% | +67.1% |
| Samsung | 12 | 24% | -7% |
| Apple | 9.6 | 19.2% | +15.7% |
| Oppo | 2.8 | 5.6% | +180% |
| Realme | 1.9 | 3.8% | +1800% |
| Others | 11.1 | 22.2% | -20.1% |
| Jumlah | 50.1 | 100% | +14.4% |
Jualan di dalam pasaran Eropah telah mencatatkan peningkatan yang menggalakkan sepanjang tempoh suku tahunan kedua 2021 berikutan langkah pemulihan COVID-19 yang berkesan.
Menurut Boris Metodiev, Pengarah Bersekutu Strategy Analytics, kejayaan Xiaomi berdasarkan jualan yang memberangsangkan di Russia, Ukraine, Sepanyol dan Itali. Pengguna di negara-negara berkenaan menunjukkan minat yang mendalam terhadap Mi dan Redmi atas kerana penawaran fungsinya yang hebat pada nilai harga yang hebat.
Samsung yang mengekori rapat di tangga kedua mampu memberikan saingan mantap hasil tarikan dari siri baharu Galaxy A yang kini turut menawarkan model 5G.
Seterusnya Apple menunjukkan prestasi yang menggalakkan melalui jualan iPhone 12. Manakala Realme pula hadir di tangga kelima dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1800% berbanding tahun sebelumnya.













