Utama Tablet Redmi Xiaomi Pad Mini, Redmi Pad 2 Pro dilancarkan di Malaysia, Harga dari...

Xiaomi Pad Mini, Redmi Pad 2 Pro dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM999

20
0

Xiaomi memperluaskan lagi barisan produk-produknya di Malaysia dengan memperkenalkan dua tablet baharu bersama-sama pelancaran siri Xiaomi 15T petang tadi. Dua tablet yang dimaksudkan Xiaomi Pad Mini dan Redmi Pad 2 Pro.

Pad Mini merupakan tablet bersaiz kompak pertama keluaran Xiaomi yang hadir dengan paparan 8.8-inci. Ia mempunyai resolusi 3K, kadar penyegaran semula 165Hz dan kecerahan sehingga 700 nits serta menyokong HDR10 dan Dolby Vision.

Xiaomi Pad Mini

Di dalamnya, tablet ini menggunakan pemprosesan yang sama dengan Xiaomi 15T Pro iaitu  Mediatek Dimensity 9400+. Memori dan storannya pula masing-masing merupakan LPDDR5X 12GB dan UFS 4.1 512GB. Baterinya berkapasiti 7,500mAh menyokong pengecasan pantas HyperCharge 67W dan pengecasan berbalik berwayar 18W.

Redmi Pad 2 Pro

Dalam pada masa yang sama, Redmi Pad 2 Pro menampilkan paparan 12.1-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia didatangkan dengan empat pembesar suara dengan ciri peningkatan audio 300%.

Redmi Pad 2 Pro

Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan 4nm Snapdragon 7s Gen 4 dan disokong oleh bateri 12,000mAh dengan pengecasan pantas 33W dan pengecasan berbalik 27W.

Harga Xiaomi Pad Mini dan Redmi Pad Pro di Malaysia

Xiaomi Pad Mini

Xiaomi Pad mini hadir dengan pilihan warna Grey dan Purple. Manakala Redmi Pad 2 Pro pula ditawarkan dengan pilihan warna Lavender Purple, Silver dan Graphite Grey. Harga bagi tablet baharu keluaran Xiaomi ini di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Xiaomi Pad Mini, RAM 12GB + storan 512GB – Harga promosi RM1,999 (Harga biasa: RM2,299)
  • Redmi Pad 2 Pro (Wi-Fi sahaja), RAM 8GB + 128GB – RM1,299
  • Redmi Pad 2 Pro (Wi-Fi sahaja), RAM 8GB + 256GB – RM1,399
  • Redmi Pad 2 Pro 5G, RAM 8GB + 256GB – RM1,799

Tinggalkan komentar