Selepas melancarkan Redmi Note 7 dan Redmi 7 untuk pasaran Malaysia, tumpuan kini beralih ke telefon pintar mercu terbaru keluaran Xiaomi, Mi 9. Telefon pintar terbaru ini akan dilancarkan pada 3 April 2019 ini.

Menurut Xiaomi, telefon pintar yang menggunakan chipset Snapdragon 855 ini akan diperkenalkan kepada pengguna Malaysia pada jam 9 malam tarikh tesebut melalui penstriman langsung. Walaubagaimanapun, tarikh bermula jualan Xiaomi Mi 9 masih lagi belum diketahui.

Sebelum ini, salah satu penjual tempatan DirectD, menyatakan harga jualan untuk telefon pintar ini adalah RM1,999. Namun, harga berkenaan hanyalah untuk variasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB sahaja.

Harga untuk variasi lain bergantung kepada apakah jenis model yang akan di bawa masuk ke Malaysia nanti.

Tinggalkan komentar