Minggu lalu, Xiaomi Mi Lite telah dilaporkan muncul pada Google Play Console dengan beberapa maklumat spesifikasi telah tertiris.

Sungguhpun ketepatan maklumat berkenaan masih lagi belum dapat disahkan, terdapat beberapa maklumat terkini yang menunjukkan Mi 11 Lite mungkin hadir dengan model 4G dan 5G.

Kali ini maklumat berkenaan didapati menerusi saluran Telegram Xiaomi, Xiaomiui yang menunjukkan Mi 11 Lite model 4G. Khabar angin mengatakan model ini akan dilancarkan di India dan beberapa negara terpilih.

Berdasarkan tangkapan layar di bawah, kod firmware tersebut menyatakan “courbet”, “courbet_global” dan “coubetin_india”.

Selain itu Mi 11 Lite 4G dijangkakan akan menampilkan Snapdragon 720G, berserta paparan FHD+ AMOLED dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Untuk model keluaran khusus di India, dijangkakan ianya menawarkan kamera berkedalaman 5MP berbanding kamera makro pada standard. Baterinya pula dijangka menggunakan bateri berkapasiti 4,250mAh dengan pengecasan pantas 33W. Berserta pilihan RAM 8GB atau 6GB dan storan 64GB atau 128GB.

Tinggalkan komentar