Xiaomi Malaysia telah mengacah kehadiran Redmi 15 5G ke pasaran tempatan. Sebagaimana yang dijangkakan dari iklan acah, beberapa maklumat dari spesifikasinya mula dikongsikan seperti paparan, kapasiti bateri dan pemprosesannya.

Redmi 15 5G akan menampilkan paparan Full HD+ 6.9-inci dengan kadar penyegaran smeula 144Hz. Ia juga dijangka akan mengetengahkan kapasiti baterinya sebesar 7,000mAh yang menurut Xiaomi mampu bertahan untuk selama dua hari. Melengkapkan maklumat awal telefon pintar Redmi baharu ini, pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6s Gen 3 dan RAM 8GB akan digunakan.

Gandingan pemprosesan dan kapasiti baterinya tersebut menjadikan dakwaan mampu bertahan selama dua hari adalah sesuatu yang masuk akal. Cuma kadar penyegaran semula 144Hz, mungkin sedikit sebanyak memberikan kesan tempoh penggunaannya.

Setakat ini Xiaomi Malaysia masih belum berkongsikan tarikh pelancaran Redmi 15 5G dan hanya sekadar menyatakan “akan datang” sahaja. Harganya juga masih lagi belum diketahui. Berdasarkan model-model sebelumnya, kemungkinan harga model Redmi baharu ini kekal di bawah RM1,000.

 

Tinggalkan komentar