Xiaomi Black Shark 2, telefon pintar khusus untuk permainan mudah alih akan dilancarkan ke pasaran Malaysia 1 April 2019 ini. Semalam, telefon pintar terbaru keluaran Xiaomi ini telah pun dilancarkan di Beijing malam semalam.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat model dan jenis warna apa yang akan dipasarkan ke Malaysia kelak.
Ketika dilancarkan di Beijing malam semalam, Xiaomi Black Shark 2 ditawarkan dengan empat pilihan konfigurasi RAM dan storan, berserta tiga warna pilihan yang berbeza. Telefon pintar ini menggunakan cipset Snapdragon 855, paparan AMOLED 6.39-inci dengan penderia cap jari terbina di dalam skrinnya dan bateri berkapasiti 4,000mAh.
Black Shark turut memiliki kedai atas taliannya sendiri melalui Lazada dan Shopee. Anda mungkin boleh meninjau Black Shark edisi pertama yang kini dijual dengan potongan harga.













