Utama Telco YTL Pelan Wireless Broadband Gateway Yes 5G kini berharga RM75/bulan untuk Pelanggan Pascabayar

Pelan Wireless Broadband Gateway Yes 5G kini berharga RM75/bulan untuk Pelanggan Pascabayar

410
0

Yes 5G telah mengumumkan diskaun baharu untuk pelanggan pascabayarnya yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan wireless broadband. Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi berkenaan menawarkan diskaun RM24/bulan untuk pelan Wireless Broadband Gateway khusus untuk pelanggan pascabayar.

Pelanggan yang layak boleh mendapatkan pelan Gateway ini hanya pada harga RM75/bulan, turun dari RM99/bulan sebelum ini. Ia bagaimanapun ditawarkan kepada pengguna yang memilih menandatangani kontrak selama 24 bulan. Bagi pengguna yang memilih kontrak 12 bulan pula bagaimanapun kekal dengan harga biasa RM99/bulan bersama-sama bayaran pendahuluan RM299 untuk penghala (router) Infinite Gateway PRO.

Selain dari harga yang lebih rendah, pengguna yang memilih kontrak 24 bulan juga menerima penghala berkenaan secara percuma. Untuk harga yang lebih rendah dan tanpa ikatan kontrak pula, turut ditawarkan pelan Flexi yang berharga RM58/bulan. Cuma tiada penghala ditawarkan bersama-sama dengan pelan ini.

Untuk pelan Gateway, anda boleh menerima data 5G tanpa had dengan kelajuan tanpa had bersama-sama data 4G 150GB. Kedua-dua pelan berkontrak ini juga mempunyai polisi pemulangan dalam tempoh tujuh hari. Untuk pelan Flexi pula, ia menawarkan pakej data 5G tanpa had dengan data 4G sebanyak 100GB.

Tinggalkan komentar