Antara isu yang kerap terjadi pada Windows 10 dan sering diadu pengguna adalah masalah “Disk usage menunjukkan 100% di dalam task manager”. Hal ini turut mengakibatkan kemerosotan prestasi PC dan menyebabkan pengguna dapat merasakan PC tersebut menjadi lembab.

Antara faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku iaitu – Superfetch. Melumpuhkan service seperti ini dapat membantu mengatasi masalah ini.

Menghentikan atau Melumpuhkan Superfetch

Ini merupakan salah satu punca utama kepada masalah ini. Anda dicadangkan untuk mengubah tetapan Superfetch terlebih dahulu jika menghadapi masalah disk usage 100% yang mengakibatkan masalah komputer menjadi lembab.

Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk melumpuhkan service Superfetch:

  • Klik kanan pada ikon ‘Start Windows’ untuk membuka menu khas, seterusnya pergi ke Windows Powershell dan bukanya sebagai Administrator.
  • Melalui tetingkap Windows Powershell berkenaan, taipkan arahan net.exe stop sysmain dan ianya akan terus menghentikan service Superfetch.

Jika anda dapat melihat ‘disk usage’ PC anda sudah kembali rendah melalui task manager dan tidak lagi merasa lembab, punca kepada masalah disk usage 100% itu tadi adalah disebabkan oleh Superfetch.

Seterusnya, selepas mendapatkan kepastian dari punca sebenar masalah tersebut, anda kini boleh melumpuhkan terus service Superfetch seperti berikut:

  • Pada kotak carian, taipkan ‘services’
  • Seterusnya, selepas tetingkap Services dibuka, carikan service yang dinamakan sebagai SysMain.
  • Klik pada nama service SysMain berkenaan dan ikuti tetapan seperti berikut.

Ini merupakan salah satu kaedah membaiki masalah disk usage 100% pada PC Windows 10. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan pada tahap kesihatan hard disk anda melalui arahan ‘Disk check’ terutama sekali bagi hard disk sudah berusia lebih dari 5 tahun.

Tinggalkan komentar