Kesemua lokasi 2,500 hotspot WiFi Selangorku bakal dinaik taraf kelajuannya ke 30 Mbps tidak lama lagi menjelang hujung tahun ini. Buat masa ini, kelajuan yang disediakan adalah maksima 8 Mbps.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa hotspot WiFi percuma yang diletakkan di bawah program Selangorku ini akan ditingkatkan kelajuannya sehingga 30 Mbps menggunakan internet fiber berkelajuan tinggi selewat-lewatnya pada penghujung tahun.
Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan jawapan yang diberikan untuk pertanyaan yang diajukan oleh ADUN Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong yang bertanyakan tentang sama ada kerajaan negeri ada menyediakan hotspot yang menawarkan kelajuan yang kurang dari 1 Mbps.
Kelajuan hotspot WiFi program yang dilancarkan pada September lalu ini mempunyai kelajuan yang berbeza-beza antara satu sama lain bergantung dengan aksesnya ke talian fiber. Bagaimanapun, kelajuan internet yang disediakan tidak pernah jatuh di bawah 1 Mbps.
Kerajaan negeri dinyatakan akan memantau kecekapan setiap lokasi hotspot bersama-sama pihak penyedia perkhidmatan dari masa ke semasa untuk memastikan Internet yang disediakan dapat digunakan sebaiknya.
“We have not set up a Facebook or Twitter page for the public to lodge their complains, our website is also not ready yet (Kami masih belum menyediakan page Facebook atau Twitter untuk membolehkan orang ramai melaporkan sebarang aduan, malah laman web kami juga masih belum disediakan lagi,” ujar Nik Nazmi.
Beliau turut menmbah, orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke talian hotline Selangorku atau emelkan kepada help@tm.net.my buat masa ini.
Sumber berita diperoleh dari The Star













