WhatsApp kini akhirnya telah memperkenalkan fungsi “view once” kepada umum melalui kemaskini baharunya. Fungsi ini telah pun menjalani ujian beta Android sejak lebih dari sebulan yang lepas.

Melalui fungsi baharu ini, pengguna boleh menetapkan imej atau foto yang dihantar hanya boleh dilihat sekali sahaja oleh penerimanya sebelum ia menghilang.

Mirip dengan mesej menghilang seperti yang ditawarkan di dalam Snapchat dan Instagram, tujuan “view once” ini diperkenalkan adalah bagi memberikan lebih kawalan privasi kepada pengguna.

Untuk menggunakannya, ketika anda ingin menghantar imej atau video kepada seseorang, klik pada butang “1” pada sebelah kiri butang menghantar. Penerima seterusnya tidak dapat melihat pratonton imej atau video yang dihantarkan kerana ia hanya ditunjukkan apabila kandungan tersebut diklik.

Selepas kandungan tersebut dilihat, mesej tersebut akan ditandakan sebagai “opened” dan tidak dapat diakseskan lagi. Bagaimanapun, penerima masih lagi dibenarkan untuk melakukan tangkapan layar (screenshot) imej menghilang itu tadi. Tiada sebarang notifikasi dihantar kepada penghantar jika penerima menangkap layar seperti yang dilakukan oleh Snapchat.

Foto dan video yang dihantar melalui View Onece yang masih belum dibuka, ia akan kekal sebegitu sehingga 14 hari. Mesej mempunyai kandungan tersebut juga boleh disimpan melalui sandaran jika ianya masih lagi kekal belum dibuka sepanjang tempo berkenaan.

Tinggalkan komentar