WhatsApp merupakan aplikasi permesejan pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia kerana ciri mesra penggunanya. Walaubagaimanapun ia mempunyai beberapa kekurangan seperti sokongan berbilang peranti bagi pengguna yang mempunyai lebih dari satu telefon.
Baru-baru ini, ujian beta fungsi berbilang peranti untuk satu akaun dengan dua telefon telah dibuka kepada pengguna-pengguna WhatsApp di Malaysia.
Melaluinya, pengguna boleh menghubungkan pada peranti mudah alih kedua dan ia akan disegerakkan dan memuat turun seluruh mesej.
Sebelum ini WhatsApp telah menguji fungsi berbilang peranti untuk dihubungkan ke sehingga empat komputer dengan WhatsApp Web/Desktop tanpa perlu menyambung ke telefon.
Fungsi ini telah mampu dilakukan kerana segalanya dihubungkan pada sebuah pelayan yang menurut WhatsApp dilengkapkan dengan enkripsi hujung-ke-hujung