WhatsApp kini sedang menguji fungsi yang membolehkan penggunanya berkongsikan WhatsApp Status ke Facebook Stories dan perkhidmatan-perkhidmatan lain, lapor The Verge.
Fungsi WhatsApp Status secara asasnya adalah sama dengan fungsi ‘Stories’ pada perkhidmatan-perkhidmatan lain dan perkongsian dijangkakan mampu dilaksanakan. Oleh yang demikian, jika berjaya nanti pengguna boleh berkongsikannya terus ke Facebook Stories, Instagram, Gmail dan Google Photos.
Menurut The Verge, WhatsApp tidak memerlukan pengguna untuk menyambungkan terus ke akaun Facebook untuk membolehkan pengguna berkongsikan Status ke Stories. Ia boleh dilakukan melalui API perkongsian data yang digunakan oleh iOS dan Android. Seterusnya, membolehkan pengguna berkongsikan Status tanpa perlu menghubungkan ke aplikasi-aplikasi lain dalam sesebuah peranti.
Fungsi perkongsian secara automatik ke aplikasi-aplikasi lain bagaimanapun tidak disediakan. Sebaliknya pengguna yang ingin berkongsi dikehendaki perlu memasukkan pilihan sendiri.
Mewujudkan sambungan terus antara WhatsApp dan Facebook merupakan satu topik yang sensitif. Ini kerana gergasi media sosial ini pernah berjanji tidak akan mengumpulkan data peribadi pengguna-pengguna WhatsApp selepas pengambilalihan di buat pada tahun 2014 dahulu.
Sumber berita diperoleh dari The Verge













