Jika anda menggunakan tablet, anda mungkin menyedari bahawa sesetengah aplikasi mudah alih tidak dioptimasikan untuk skrin yang besar. Sesetengah pembangun tidak menghasilkan versi tablet pada aplikasi masing-masing. Justeru mengakibatkan apa yang dipaparkan kelihatan janggal kerana segala-galanya diceduk terus dari versi telefon pintar tanpa pengubahsuaian.

Menurut WABetaInfo, WhatsApp beta versi Android telah menerima kemaskini baharu yang sesuai untuk pengguna tablet. Ini seterusnya membolehkan pandangan terbahagi disediakan pada tablet, mirip paparan di dalam WhatsApp versi web atau desktop.

Selain itu, WhatsApp juga akan memperkenalkan perubahan baharu seperti rekaan semula untuk menu lampiran di dalam chat untuk versi iOS. Ia bertujuan untuk menjadikan penggunaan aplikasi ini lebih intuitif dan mudah dikendalikan.

WhatsApp juga sedang mengusahakan fungsi untuk pengguna mensenyapkan kesemua panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Ia dijangka mampu memanfaatkan pengguna seperti di Malaysia yang kerap menerima panggilan-panggilan dari scammer dan jurujual.

Tinggalkan komentar