Utama Mobile Aplikasi WhatsApp akan bawakan fungsi Penapisan Borak untuk memudahkan Pengguna mengasingkan Mesej-Mesej

WhatsApp akan bawakan fungsi Penapisan Borak untuk memudahkan Pengguna mengasingkan Mesej-Mesej

601
0

WhatsApp kini sedang mengusahakan fungsi yang membolehkan pengguna menapis sesi borak untuk memudahkan pengurusan mesej di dalam aplikasi berkenaan. Fungsi penapisan mirip folder emel ini pertama kali diperkenalkan untuk akaun beta WhatsApp for Business.

Menurut laporan dari WABetaInfo, WhatsApp kini sedang membangunkan fungsi tersebut bagi pengguna-pengguna biasa juga. Melalui fungsi tapisan carian lanjutan yang akan diperkenalkan kelak, pengguna boleh mengasingkan borak yang masih belum dibaca, kenalan, bukan-kenalan dan kumpulan. Ini bertujuan memudahkan pengguna menguruskan pelbagai kumpulan borak yang sedang aktif dalam satu-satu masa.

Fungsi penapisan chat ini juga menerima bakal menyediakan penambahbaikan dari segi carian. Butang tapisan yang akan datang ini akan ditempatkan bersebelahan dengan bar carian. Sebelum ini butang tapisan berkenaan hanya akan muncul apabila pengguna memasuki bar carian.

WABetaInfo turut menyatakan fungsi yang terdapat pada beta WhatsApp desktop ini juga akan hadir versi beta Android dan iOS dalam masa terdekat ini. Dalam pada masa yang sama, WhatsApp juga sedang mengusahakan Companion Mode yang membolehkan satu akaun WhatsApp digunakan pada dua peranti mudah alih.

Tinggalkan komentar