WhatsApp untuk iOS baharu sahaja menerbitkan kemaskini versi 2.21.200.11 kepada pengguna ujian beta. Kemaskini ini memperkenalkan fungsi Mesej Menghilang, selain turut memperlihatkan rekaan baharu ‘belon sembang’ (chat bubbles).
Menurut WABetaInfo, beta baharu ini telah diterbitkan untuk pengujian pengguna awam. Belon sembang rekaan baharu ini memperkenalkan bentuk dan warna baharunya.
Jika dibandingkan antara kedua-dua rekaan lama dengan baharu, anda akan dapati rekaan baharu ini lebih ‘membulat’ dengan warna yang lebih menyerlah.
Bagi fungsi Mesej Menghilang baharu yang akan diperkenalkan, WhatsApp menjelaskannya seperti berikut:
Make messages in this chat disappear
For more privacy and storage, all new messages will disappear from this chat for everyone after the selected duration. Anyone in the chat can change this setting.
Terdapat kemungkinan untuk mengaktifkan fungsi “Default Message Timer” di dalam Tetapan Privasi WhatsApp. Menerusinya, kesemua sembang (chat) baharu akan dimulakan dengna pilihan mesej menghilang diaktifkan bagi tempoh tertentu.
Kesemua fungsi ini masih lagi diperingkat ujian beta dan mungkin akan diperkenalkan kepada pengguna umum dalam dalam masa yang terdekat.













