WhatsApp telah memperkenalkan sebuah fungsi log masuk secara biometrik untuk mengakses ke WhatsApp Web atau Desktop. Fungsi ini merupakan penambahan kepada kaedah log masuk sedia ada iaitu secara pengesahan kod QR.

Pengguna kini boleh melog masuk melalui imbasan cap jari dan pengecaman wajah dari telefon pintar jika ingin membuka WhatsApp Web atau WhatsApp Desktop pada PC. Ini bermakna, pengguna iPhone juga boleh melakukan dengan menggunakan Touch ID atau Face ID.

Pengesahan biometrik ini boleh dilakukan melalui bahagian Link A Device di dalam WhatsApp, sebaik sebelum anda mengimbas kod QR pada WhatsApp Web atau Desktop.

Menurut FAQ, pihak WhatsApp tidak akan membaca maklumat biometrik kerana proses pengesahan dilakukan melalui sistem operasi peranti terbabit.

Laman WABetaInfo memaklumkan proses pengesahan biometrik ini dilakukan menggunakan sistem API. Justeru, menyukarkan proses membawa keluar maklumat yang telah disimpan di dalam sistem operasi.

Fungsi terbaru ini bakal diluncurkan kepada seluruh pengguna secara berperingkat.

Tinggalkan komentar