WhatsApp mempunyai ciri yang dikenali sebagai ‘Delete for Everyone’ yang membolehkan anda memadamkan mesej yang sudah dihantar dan diterima oleh pengguna-pengguna lain. Di dalam ciri tersebut disediakan pilihan untuk memadamkan teks berkenaan iaitu ‘Delete for Everyone’ dan ‘Delete for me’.

Kadangkala pengguna mungkin tersilap padam untuk diri sendiri atau padam untuk semua dan ingin mengembalikan mesej tersebut. Oleh yang demikian, WhatsApp telah memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai ‘Accidental Delete’ untuk tujuan tersebut

Melalui ‘Accidental Delete’ ini, pengguna yang tersalah padam mesej ke seseorang atau kumpulan diberikan masa lima saat untuk patah balik jika tersalah padam mesej. Ini bermaksud, jika pengguna berkenaan tersalah tekan pilihan ‘Delete for me’, dan ingin berpatah balik untuk ‘Delete for Everyone’, anda akan diberikan masa selama 5 saat untuk kembali ke pilihan ‘Delete for Everyone’ tersebut.

Fungsi ini mula ditawarkan kepada pengguna Android dan iPhone secara berperingkat.

Tinggalkan komentar