Western Digital baru-baru ini telah melancarkan barisan kad storan mikroSD SanDisk bertemakan Pokémon sebagai sebahagian daripada usahama dengan The Pokémon Company International.

Direka pada awalnya untuk Nintendo Switch, kad ini pada asasnya membolehkan pengguna menambahkan permainan ke dalam pustakanya tanpa perlu memuat turun, memuat turun semula atau memadamkan permainan untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan.

Kad mikroSD SanDisk edisi Pokémon mempunyai kelajuan membaca sehingga 100MB/s dan kelajuan menulis sehingga 90MB/s. Ia didatangkan dengan tiga model berbeza dan tiga pilihan storan yang berbeza.

Anda boleh mendapatkan kad mikroSD SanDisk Pokémon ini melalui kedai dalam talian Western Digital dan dijual mengikut harga kapasitinya seperti berikut:

  • model mikroSD Snorlax 1TB – US$129.99 (~RM569)
  • model mikroSD Gengar 512GB – US$54.99 (~RM240)
  • model mikroSD Pikachu 256GB – US$32.99 (~RM144)

Setakat ini tiada maklumat mengenai ketersediaan dan harga bagi model-model kad mikroSD baharu ini di pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar