Pandemik Covid-19 bukan halangan dalam merancang atau menganjurkan majlis perkahwinan. Biarpun norma baharu membataskan jumlah undangan, persiapan termasuk catering, pelamin atau baju pengantin tetap perlu disediakan bagi melengkapkan sesuatu majlis perkahwinan.

WeddingMate sebuah platform dan aplikasi pertama perkahwinan terbaru di Malaysia yang menyediakan direktori vendor perkahwinan dan tawaran untuk Melayu, Cina dan India.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shukri Adha berkata, Aplikasi berkenaan bagaikan pusat sehenti, di mana ia menghimpun lebih 7,000 vendor perkahwinan dalam negara.

“Ada pemilik pernigaan kecil dari rumah sehingga ke hotel yang bertaraf lima bintang. Semua ini boleh dipilih dengan hanya ke Aplikasi kami,” katanya. Menurut laporan Jabatan Statistik Malaysia, lebih 200,000 pasangan berkahwin di seluruh negara setiap tahun. Ini membuktikan industri perkahwinan di Malaysia adalah pasaran besar dengan nilai pendapatan lebih RM10 bilion setahun.

Tepat pada masanya

Justeru Mohd Shukri yang juga pengasas WeddingMate menjelaskan, Aplikasi itu sebagai tepat pada masanya dalam kerancakan era ekonomi digital di seluruh dunia. “Hari ini kita dapat lihat kemunculan Aplikasi dan platform seperti perkhidmatan, tempahan hotel, dan pencarian pekerjaan. Saya melihat ia sebagai peluang untuk kami memanfaatkan pasaran Aplikasi, khususnya industri perkahwinan di Malaysia,” katanya.

Shukri menyarankan kepada semua vendor perkahwinan untuk menyertai WeddingMate secara percuma sekarang supaya dapat menyesuaikan diri dengan aliran Aplikasi terkini“ Diharapkan platform kami dapat memberi peluang kepada semua vendor mempromosi perkhidmatan atau harga ditawarkan kepada pengguna.

Muat turun “WeddingMate” kini tersedia di Apple AppStore dan Google PlayStore. Shukri berharap produk berkenaan bukan sahaja berupaya menjadi platform direktori dan promosi perkahwinan, tetapi pada masa sama memberi impak atau nafas baharu dalam industri perkahwinan di Malaysia mahupun di rantau Asia Tenggara.”

Tinggalkan komentar