Volvo, syarikat automotif terkemuka kini sedang giat membangunkan projek ROAR untuk membina robot yang dikhususkan mengangkut sampah. Robot-based Autonomous Refuse atau singkatannya ROAR bakal menghasilkan sejenis robot beroda yang berautonomi.

Berdasarkan kenyataan media yang dipetik dari laman web projek berkenaan, “Bayangkan sebuah robot yang masuk kejiranan anda dengan senyap-senyap untuk mengambil sampah dari rumah anda (Imagine a robot that quietly and discreetly enters your neighborhood, collects your refuse bin and empties it into the refuse truck),”

Tambahnya lagi, “Ia dijalankan tanpa sebarang gangguan terhadap anggota keluarga dan tanpa membebankan tugas pemandu trak sampah terbabit. Ia merupakan tujuan utama ROAR, sebuah projek usahasama dengan matlamat membangunkan penyelesaian pengangkutan pintar masa depan (It is done without waking the sleeping families and without heavy lifting for the refuse truck’s driver. This is the purpose of ROAR, a joint project with the aim to develop tomorrow’s smart transport solutions).”

Projek ini melibatkan usahasama di antara Volvo, dua buah universiti di Sweden, Chalmers University of Technology dan Mälardalen University, universiti Amerika Syarikat Penn State University dan syarikat kitar semula bahan buangan Renova. Pihak-pihak yang terlibat di dalam projek ini turut membayangkan rupa bentuk robot ini lebih mirip kepada robot di dalam watak animasi Disney-Pixar, WALL-E.

Teknologi robotik berautonomi merupakan di antara bidang kepakaran Volvo. Syarikat pengeluar kenderaan dari Sweden ini kini sedang menguji projek “Drive Me” yang melibatkan rancangan mewujudkan 100 buah kenderaan pandu sendiri di sekitar Gothenburg, Sweden menjelang 2017.

Sumber berita diperoleh dari Project ROAR

Tinggalkan komentar