vivo secara rasminya telah melancarkan siri X90 melalui model vivo X90 dan vivo X90 Pro. Pada harga RM3,699, vivo X90 menampilkan pemprosesan MediaTek Dimensity 9200, cip khusus ISP V2, RAM 12GB, dan storan 256GB.

Lain-lain spesifikasi teknikalnya termasuklah skrin FHD+ 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Untuk kameranya, ia hadir dengan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX866, kamera potret 12MP dan kamera lebar 12MP dengan sensor Sony IMX663.

Kamera utamnay ini juga mempunyai lapisan ZEISS T* pada lensanya. Melengkapkan perincian vivo X90, satu kamera 32MP pada bahagian hadapan, serta bateri berkapasiti 4,810mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Selanjutnya, vivo X90 Pro yang berharga RM4,999 mempunya kesemua spesifikasi yang dinyatakan di atas, kecuali ia menyediakan storan 512GB, sensor kamera Sony IMX989 1-inci 50MP pada tri-kamera di belakangnya.

Ia juga menggunakan bateri yang sedikit besar pada 4,870mAh, selain turut menyediakan sokongan pengecasan nirwayar 50W. Menaikkan seri rekabentuk luarannya, telefon pintar ini juga mempunyai permukaan belakang bertekstur mirip kulit (leather).

vivo X90 yang menawarkan pilihan warna Breeze Blue dan Asteroid Black ini juga mempunyai kerintangan air IP64. Manakala X90 Pro pula mempunyai penarafan kerintangan air IP68. Hanya satu sahaja pilihan warna yang ditawarkan bagi model Pro ini iaitu Legendary Black.

Kedua-dua model telefon pintar baharu keluaran vivo ini mula dijual sejak dari Jumaat lalu di seluruh wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Bagi anda yang mendapatkan vivo X90 atau vivo X90 Pro di vivo Concept Store, anda akan menerima cenderahati eksklusif bernilai sehingga RM1,300. Vivo menawarkan pemberian percuma tersebut dalam bentuk vivo TWS Air atau Joyoung Electric Baking Pan, pengecas pantas 120W dengan kabel USB-C, dan waranti Protection Plus dalam bentuk 1+1 tahun.

Spesifikasi siri vivo X90

vivo X90 Series Promovivo X90

  • MediaTek Dimensity 9200
  • RAM 12GB RAM + storan 256GB
  • skrin 6.78-inci FHD+, resolusi 2800 × 1260 piksel, kadar penyegaran semula 120Hz
  • Kamera belakang: Utama 50MP Sony IMX866 Zeiss T* + kamera potret 12MP portrait + kamera ultra lebar 12MP Sony IMX663
  • Kamera hadapan: 32MP
  • Bateri 4810 mAh (pengecasan pantas 120W)
  • Antaramuka Funtouch OS 13 berasaskan Android 13.0
  • Kerintangan air IPX64
  • Pilihan warna: Black Asteroid, Breeze Blue
  • Harga: RM3699

vivo X90 Pro:

  • MediaTek Dimensity 9200
  • RAM 12GB RAM + storan 512GB
  • Skrin 6.78-inci FHD+, resolusi 2800 × 1260 piksel, kadar penyegaran semula 120Hz
  • Kamera belakang: Utama 50MP 1-inci Sony IMX989 Zeiss T* + kamera potret 12MP + kamera ultra lebar 12MP ultra wide
  • Kamera hadapan: 32MP
  • Bateri 4870 mAh (Pengecasan pantas 120W, pengecasan pantas nirwayar 50W)
  • Antaramuka Funtouch OS 13 berasaskan Android 13.0
  • Kerintangan air IPX68
  • Pilihan warna: Black Legendary
  • Harga: RM4,999

Tinggalkan komentar