Selepas diperkenalkan ke pasaran global awal bulan ini, vivo pada hari ini secara rasminya telah melancarkan siri V25 ke pasaran Malaysia. Tiada model Pro diumumkan buat masa ini dan hanya model standard V25 dan V25e sahaja yang diperkenalkan secara rasmi ke Malaysia.

Sekali imbas, V25e kelihatan sama seperti V25 standard dengan beberapa ciri yang sama iaitu paparan AMOLED 6.44-inci Full HD+ 90Hz, RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Selain itu, kedua-duanya juga dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong FlashCharge 44W. Kamera utamanya juga sama iaitu 64MP f/1.79 dan juga kamera makro 2MP f/2.4.vivo-v25-standard-camera

Pun begitu, kamera ketiga pada V25 standard merupakan kamera bersudut lebar 8MP f/2.2. manakala untuk V25e pula kameranya adalah kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Perbezaan antara kedua-dua model ini juga melibatkan kamera hadapannya yang mana V25 standard menampilkan kamera 50MP f/2.0 dengan fokus auto. Untuk V25e pula kamera hadapannya adalah 32MP f/2.0 tanpa fokus auto.vivo-v25e-camera

V25 menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 900 yang menyokong 5G dan NFC. Manakala V25e pula menggunakan MediaTek Helio G99 yang tidak mempunyai sokongan 5G dan juga NFC.

Ciri bertukar warna pada permukaan luaran telefon pintar turut terdapat pada V25e sungguhpun hanya menawarkan satu pilihan warna sahaja iaitu Sunrise Gold. Untuk V25 pula, pilihan warnanya turut hadir dalam bentuk Aquamarine Blue selain dari Sunrise Gold.vivo-v25e-Sunrise-Gold

Harga Vivo V25 di Malaysia

Kedua-dua model ini boleh dipra-tempah bermula dari hari ini sehingga tarikh rasmi jualannya pada 3 September 2022.

  • Vivo V25 – RM 1,799
  • Vivo V25e – RM 1,399

Pembeli terawal vivo V25 berpeluang menerima beg galas kulit secara percuma. Untuk anda yang membeli vivo V25e pula akan menerima kotak cenderahati premium secara percuma selagi stok masih ada.vivo-v25-spesification

Pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk mana-mana model di dalam siri V25 ini juga akan menerima waranti lanjutan selama 1-tahun dan perlindungan kerosakan skrin.

Tinggalkan komentar