Vivo S12 akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan dua model iaitu Vivo S12 standard dan Vivo S12 Pro. Kedua-duanya menggunakan cipset Dimensity dan dwi-kamera swafoto yang lengkap dengan flash LED. Cahaya flash berkenaan boleh ditetapkan secara manual mengikut citarasa warna imej pilihan anda di antara 3000K dan 6000K.

Untuk model standardnya, Vivo S12 didatangkan dengan panel AMOLED 6.44-inci beresolusi 1080p, kadar penyegaran semula 90Hz, dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Skrinnya juga menyokong HDR10+ dan mempunyai takuk yang menempatkan satu kamera bersudut lebar 44MP f/2.0 dan ultra lebar 8MP f/2.3.

Telefon yang menggunakan antaramuka OriginOS Ocean ini menggunakan cipset Dimensity 1100, yang turut dibantu dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Pada bahagian belakangnya, disediakan sebuah kamera utama 108MP f/1.9, bergandingan dengan kamera ultra-lebar 8MP f/2.2 dan kamera potret 2MP f/2.4.

Baterinya pula berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan sehingga 44W secara berwayar.

Vivo S12 dijual pada harga CNY2,799 (~RM1,846) bagi varian RAM 8GB dan storan 256GB. Manakala bagi varian RAM 12GB dan storan 256GB pula dijual pada harga CNY2,999 (~RM1,979). Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Gold, Blue, dan Black.

Vivo S12 Pro

Telefon ini menggunakan Dimensity 1200 dengan paparan AMOLED yang lebih besar, 6.56-inci 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz.

Kamera utama sebelah hadapannya juga lebih besar dengan 50MP f/2.0 dan ultra-lebar 8MP f/2.3. Pada sebelah belakangnya, kamera yang ditawarkan olehnya adalah sama seperti yang terdapat pada S12 iaitu 108MP + 8MP + 2MP.

Baterinya pula berkapasiti sedikit besar iaitu 4,300mAh dengan pengecasan sehingga 44W.

Tiga warna pilihan yang ditawarkan bagi model ini iaitu Gold, Blue dan Black. Harga yang ditawarkan adalah CNY3,399 (~RM2,240) bagi varian 8/256GB dan CNY3,699 (~RM2,438) bagi varian 12/256GB.

Vivo S12 dan Vivo S12 Pro dijadualkan mula dijual pada 30 Disember 2021 di China. Tidak dapat dipastikan bilakah kedua-dua model ini akan mula dijual di Malaysia.

Tinggalkan komentar