Vivo meneruskan lagi trend kamera terpaculnya dengan menambahkan lagi model keluarannya melalui Vivo S1. Sebelum ini, Vivo V15 dan Vivo V15 Pro hadir dengan kamera terpacul swafotonya sebagai ciri uniknya.
Vivo S1 menampilkan beberapa ciri yang hampir sama dengan Vivo V15. Bezanya terletak pada penggunaan resolusi yang lebih rendah untuk kamera swafotonya, storan dalaman yang lebih besar, lebih banyak sokongan jenis rangkaian, dan kekunci khusus untuk akses ke pembantu AI berasaskan arahan suara.
Oleh kerana peranti ini hanya terhad untuk pasaran China pada ketika ini, pembantu suara AI Vivo Jovi menjadi pilihan. Namun, apabila dipasarkan ke pasaran lain di rantau lain, mungkin Vivo akan menggunakan Google Assistant.
Telefon pintar ini menggunakan antaramuka Vivo Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Turut dimuatkan adalah mod Game Turbo yang mengoptimasikan penggunaan telefon pintar ketika bermain permainan. Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh diharapkan melalui mod ini memandang cipset yang digunakan hanya sekadar MediaTek Helio P70.
Vivo S1 hadir dengan pilihan warna Ice Lake Blue dan Pet Pink dengan harga yang ditawarkan bermula dari CNY 2,298 (lebih kurang RM1,391). Telefon pintar akan mula dibuka untuk pra-tempahan di China bermula pada 1 April 2019 kelak. Setakat ini tidak dimaklumkan pelancaran telefon pintar ini ke pasaran lain termasuk di Malaysia.
Spesifikasi Vivo S1
Spesifikasi | Vivo S1 |
---|---|
Ukuran dan Berat |
|
Paparan | 6.53″ FHD+ 2340 x 1080 LCD, 19.5:9 |
Chipset | MediaTek Helio P70:
|
RAM dan Storan |
|
Bateri | 3,940mAh, dengan pengecasan pantas 18W |
USB | USB-mikro |
Pengimbas Cap Jari | Bahagian belakang |
Kamera belakang |
|
Kamera depan | 25MP, f/2.0 |
Rangkaian |
|
Versi Android | Android Pie dengan Funtouch OS 9 |
Sumber berita diperoleh dari GSM Arena