Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengemaskini senarai vaksin-vaksin yang diterima bagi kemasukan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Vaksin buatan China, Sinovac kini turut disenaraikan sebagai sebahagian dari vaksin yang telah diiktiraf.

Senarai awal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini menunjukkan hanya penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca sahaja yang boleh diberikan kebenaran memasuki.

Hal ini telah mencetuskan kebimbangan sesetengah pihak di Malaysia terutamanya mengenai kemungkinan tidak dapat menunaikan ibadah haji dan umrah di masa akan datang.

Bagaimanapun, dengan penambahan vaksin Sinovac di dalam senarai vaksin-vaksin yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Arab Saudi ini dapat meredakan kebimbangan sesetengah pihak.

Berikut adalah senarai penerima jenis vaksin yang telah diiktiraf untuk memasuki Arab Saudi:

  • Pfizer-BioNTech
  • Moderna
  • AstraZeneca
  • Janssen
  • Sinopharm
  • Sinovac

 

Tinggalkan komentar